Page 53 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 53
(iv) memetik data akademik yang adalah hasil penyelidikan yang dijalankan oleh
beberapa orang lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan, atau
data yang diperolehi melalui penyelidikan perpustakaan, sama ada diterbitkan
atau tidak diterbitkan, dan menggabungkan data tersebut sebagai sebahagian
daripada penyelidikan akdemiknya tanpa memberi pengiktirafan sewajarnya
kepada sumber asal;
(v) menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerja usaha sama dengan
beberapa orang lain, sama ada atau tidak orang lain tu anggota kakitangan atau
pelajar Universiti sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademik berbeza
yang lain, atau bagi penerbitan atas namanya sendiri sebagai pengarang tunggal,
tanpa memperoleh keizinan penyelidikan bersamanya sebelum memulakan
penyelidikan peribadinya atau sebelum menerbitkan data;
(vi) menyalin idea atau ciptaan orang lain yang disimpan dalam apa-apa jua bentuk,
sama ada bertulis, tercetak atau tersedia dalam bentuk elektronik, atau dalam
bentuk slaid, atau dalam apa-apa juga bentuk pengajaran atau perkakas
penyelidikan atau dalam apa-apa bentuk lain dan mengaku sama ada secara
langsung atau tidak langsung bahawa dia adalah pencipta idea atau ciptaan itu;
(vii) menterjemahkan tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa kepada
bahasa lain sama ada atau tidak secara keseluruhan atau sebahagian, dan
kemudian mengemukakan terjemahan itu dalam apa-apa jua bentuk atau cara
sebagai penulisnya atau ciptaannya sendiri;
(viii) memetik idea dari penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat ubahsuaian
tanpa rujukan sewajarnya kepada sumber asal dan menyusun idea itu semula
dalam apa-apa cara yang seolah-olah dia adalah pencipta idea-idea itu.
(7) Calon yang didapati memplagiat disertasi atau laporan penyelidikannya boleh diambil tindakan di
bawah Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.
(8) Mana-mana disertasi atau laporan penyelidikan yang diserahkan untuk peperiksaan hendaklah
mengikut peraturan dan prosedur seperti yang ditetapkan di dalam Peraturan- Peraturan ini atau
mana-mana pindaan kepada Peraturan-Peraturan ini dari semasa ke semasa. Dekan Fakulti boleh
menolak mana-mana disertasi atau laporan penyelidikan yang diserahkan yang tidak mematuhi
peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
(9) Disertasi atau laporan penyelidikan atau sebahagian daripadanya yang telah diluluskan dan
kemudiannya diterbitkan, hendaklah mengandungi kenyataan yang terang bahawa ianya telah
dikemukakan untuk ijazah Sarjana Universiti. Sepanjang pengajiannya, calon digalakkan, dengan
persetujuan penyelianya, menerbitkan hasil kerjanya, dengan syarat rujukan sewajarnya diberi kepada
Universiti di dalam penerbitan itu.
(10) Disertasi atau laporan penyelidikan itu sama ada telah diluluskan atau tidak, untuk penganugerahan
ijazah termasuk semua hak harta intelek di dalamnya hendaklah terletak hak pada dan tetap menjadi
hak milik Universiti. Universiti mempunyai hak untuk menghadkan atau membataskan pencetakan,
pemberitahuan dan penggunaan, atau manamana urusan dengan yang berikut bagi tempoh yang
diperlukan untuk maksud melindungi atau memperolehi hak harta intelek—
(a) disertasi atau laporan penyelidikan;
53