Page 52 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 52
(3) Walau apapun peruntukan perenggan (1)(b) dan (2)(b), yang berikut tidak termasuk dalam had patah
perkataan tersebut:
(a) Nota kaki atau nota hujung, lampiran, jadual dan rajah; dan
(b) Pengeluaran semula ataupun terjemahan daripada sebarang teks. Walau bagaimanapun,
ulasan atau kritik yang dibuat oleh calon mengenainya tertakluk kepada had patah
perkataan tersebut.
(4) Calon tidak boleh menyerahkan sebagai disertasi atau laporan penyelidikannya, apaapa hasil kerja
termasuk idea, penulisan, data atau apa-apa ciptaan orang lain atau kerja yang telah diserahkan
untuk ijazah di Universiti ini atau universiti atau institusi lain, tetapi ia tidak dilarang memasukkan
mana-mana bahagian kerja tersebut ke dalam disertasi atau laporan penyelidikan sekiranya ia
menunjukkan dengan terang dalam disertasi atau laporan penyelidikannya bahagian kerja yang telah
dimasukkan ke dalam disertasi atau laporan penyelidikannya.
(5) Calon boleh memasukkan ke dalam disertasi atau laporan penyelidikan sebarang hasil penyelidikan
yang telah dicetak dan diterbitkan secara perseorangan atau secara berkumpulan. Kerja yang
dilakukan secara berkumpulan hendaklah disertakan dengan kenyataan yang menjelaskan dengan
terang bahagian kerja yang dibuat oleh calon sendiri. Kenyataan ini hendaklah ditandatangani oleh
rakan penulis yang lain.
(6) Larangan terhadap plagiarisme
(a) Calon tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain.
(b) Bagi maksud subperaturan ini dan subperaturan (7) di bawah, plagiarism adalah termasuk—
(i) perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan
mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil dapatan
atau ciptaannya sendiri; atau
(ii) suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam apa-apa
cara, bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data
atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain.
(c) tanpa menjejaskan makna perenggan (b) di atas, calon dianggap memplagiat apabila−
(i) menerbitkan, dengan sendirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel,
kertas saintifik atau akademik, atau buku yang adalah keseluruhannya atau
sebahagiannya ditulis oleh beberapa orang lain;
(ii) menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan sebagai
pengarang bersama sesuatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik,
atau buku, apabila dia tidak langsung membuat apa-apa sumbangan bertulis
kepada ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku;
(iii) memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidikan
bersama bagi sesuatu projek penyelidikan tertentu atau dalam senarai
penyelidikan bersama bagi penerbitan apabila dia tidak membuat apaapa
sumbangan yang boleh melayakkan dirinya sebgai penyelidik bersama atau
pengarang bersama;
52