Page 56 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 56
(4) Ahli Jawatankuasa Pemeriksa tidak boleh menurunkan kuasa kepada manamana orang lain
yang bukan ahli Jawatankuasa Pemeriksa untuk mewakilkan beliau dalam mesyuarat
Jawatankuasa Pemeriksa kecuali dengan persetujuan bertulis daripada Naib Canselor.
(5) Pendaftar atau wakilnya akan menjadi setiausaha dalam mesyuarat Jawatankuasa
Pemeriksa.
(6) Korum untuk mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah sekurangkurangnya tiga orang
termasuk seorang pemeriksa.
(7) Penyelia hendaklah dijemput untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa untuk
memberi pandangan perkara yang dibincangkan tetapi tidak berhak mengambil bahagian
dalam pertimbangtelitian dan apa-apa keputusan peperiksaan disertasi calon.
(8) Fungsi Jawatankuasa Pemeriksa adalah seperti berikut:
(a) Berkaitan dengan peperiksaan disertasi, menimbang laporan pemeriksa di atas
disertasi seorang calon, dan mengambil sesuatu keputusan termasuk mengenai
tahap pencapaian disertasi itu.
(b) Dalam keadaan tertentu Jawatankuasa Pemeriksa boleh menjalankan
peperiksaan viva dan/atau ujian lain yang difikirkan sesuai; dan
(c) Melaporkan kepada Senat mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan
mutu dan/atau perjalanan sesuatu peperiksaan.
(9) Senat boleh meminda dari semasa ke semasa keanggotaan dan fungsi Jawatankuasa
Pemeriksa.
(10) Sekiranya berlaku kecemasan, Naib Canselor boleh melantik mana-mana guru sepenuh
masa Universiti sebagai ahli sesuatu Jawatankuasa Pemeriksa dengan syarat pelantikan
sedemikian hendaklah dilaporkan kepada Senat dengan secepat mungkin.
Program Pengajian Secara Kursus Dan Penyelidikan
28. (1) Jawatankuasa Pemeriksa yang berasingan adalah diperlukan bagi komponen kursus dan
komponen penyelidikan.
(2) Peruntukan peraturan 26 dan peraturan 27 adalah terpakai mutatis mutandis kepada
Jawatankuasa Pemeriksa bagi program pengajian secara Kursus dan Penyelidikan.
Pemeriksa Luar
29. Pelantikan pemeriksa luar bagi program pengajian Ijazah adalah seperti berikut:
(1) Ijazah Sarjana secara Kursus/Kursus Klinikal.
(a) Sekurang-kurangnya seorang pemeriksa luar untuk setiap program Sarjana
secara Kursus dan program Sarjana secara Kursus Klinikal.
(b) Tempoh pelantikan pemeriksa luar bagi program Sarjana secara Kursus adalah
untuk tiga sesi akademik.
56