Page 51 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 51

ditetapkan oleh Universiti; dan

                                         (B)    ringkasan  (abstrak)  yang  tidak  melebihi  lima  ratus  patah
                                                perkataan  dalam  Bahasa  Malaysia  dan  Bahasa  Inggeris.
                                                Dalam  keadaan  di  mana  bahasa  disertasi  adalah  selain
                                                daripada  Bahasa  Malaysia  atau  Bahasa  Inggeris,  abstrak
                                                dalam bahasa tersebut hendaklah juga disediakan;

                                 (ii)    ditaip dua barisan langkau dan dicetak di atas kertas bersaiz A4, kecuali
                                         untuk lukisan atau peta yang tidak mempunyai had saiz kertas. Ruangan
                                         berukuran empat sentimeter hendaklah disediakan di sebelah kiri; dan

                                 (iii)    dijilid dengan kertas nipis berwarna merah  „rexine dengan tajuk atau
                                         ringkasan  tajuk  serta  nama  pengarang  dicetak  dalam  huruf  besar  di
                                         tulang belakang dan pada kulit hadapan.

                          (f)    Selepas  disertasi  diperiksa  dan  keputusan  muktamad  telah  dicapai  mengenai
                                 disertasi calon, calon hendaklah mengemukakan kepada Universiti—

                                 (i)     tiga naskhah disertasi dalam bentuk percetakan yang hendaklah dijilid
                                         dalam kulit tebal berwarna merah "rexine” dengan tajuk atau ringkasan
                                         tajuk  serta  nama  pengarang  dicetak  dalam  huruf  besar  di  tulang
                                         belakang dan pada kulit hadapan; dan

                                 (ii)    satu salinan elektronik mengikut format yang ditetapkan.

            (2)    Laporan Penyelidikan

                   (a)    Calon  hendaklah  memberi  notis  untuk  penyerahan  laporan  penyelidikan  dalam  tempoh
                          sepertimana yang ditetapkan oleh Fakulti bagi program pengajian berkenaan.

                   (b)     Laporan penyelidikan hendaklah tidak melebihi tiga puluh ribu patah perkataan.

                   (c)    Calon  yang  ingin  melebihi  had  patah  perkataan  yang  ditetapkan  hendaklah  membuat
                          permohonan kepada Fakulti melalui penyelia sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh
                          penyerahan laporan penyelidikan untuk pemeriksaan, dengan memberi alasan mengapa ia
                          tidak dapat memenuhi had panjang yang telah ditetapkan

                   (d)    Format  dan  bilangan  salinan  untuk  dikemukakan  bagi  pemeriksaan  sesuatu  laporan
                          penyelidikan  adalah  sepertimana  yang  ditentukan  Fakulti  bagi  program  pengajian
                          berkenaan.

                   (e)    Selepas  laporan penyelidikan diperiksa dan keputusan muktamad telah dicapai mengenai
                          laporan penyelidikan calon, calon hendaklah mengemukakan kepada Fakulti−

                          (i)     tiga  naskhah  laporan  penyelidikan  dalam  bentuk  percetakan  yang  hendaklah
                                 dijilid dalam kulit tebal berwarna biru laut dengan tajuk atau ringkasan tajuk serta
                                 nama  pengarang  dicetak  dalam  huruf  besar  di  tulang  belakang  dan  pada  kulit
                                 hadapan; dan

                          (ii)    satu salinan elektronik mengikut format yang ditetapkan.



                                                                                           51
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56