Page 47 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 47
(A) Pengenalan dan skop penyelidikan;
(B) Objektif penyelidikan;
(C) Kaedah Penyelidikan;
(D) Hasil penyelidikan yang telah diperolehi setakat dua belas
bulan hingga lima belas bulan yang lalu termasuk
penghasilan─
(aa) satu kertas jurnal yang diterima untuk penerbitan
dan satu pembentangan seminar di peringkat
kebangsaan atau antarabangsa;
atau
(bb) satu permohonan paten yang sedang menunggu
kelulusan (“patent pending”) atau telah diluluskan
dan satu pembentangan seminar di peringkat
kebangsaan atau antarabangsa;
atau
(cc) satu pencapaian lain yang ditetapkan oleh Fakulti
dan satu pembentangan seminar di peringkat
kebangsaan atau antarabangsa;
dan
(E) Rancangan penyelidikan yang membawa ke peringkat ijazah
Doktor Falsafah;
(ii) Sokongan dan laporan penyelianya; dan
(iii) Sokongan dan laporan ketua jabatan yang bertanggungjawab untuk
program pengajiannya.
(b) membentangkan hasil penyelidikannya dalam satu seminar di hadapan satu panel
penilai yang terdiri daripada dua pakar dari dalam atau luar Universiti dalam
bidang berkaitan seperti mana yang ditetapkan oleh Fakulti. Seminar tersebut
hendaklah seboleh-bolehnya diadakan dalam masa sebulan daripada tarikh
permohonan penukaran taraf pencalonan yang memenuhi peraturan 16(2)(a)(i),
(ii) dan (iii) Peraturan-Peraturan ini diterima daripada calon.
(c) Tempoh pencalonan ijazah Sarjana diambil kira dalam tempoh pengajian Ijazah
Doktor Falsafah.
Pemindahan Kredit
17. (1) “Pemindahan kredit” bermakna pemindahan jam kredit bersama-sama dengan gred yang
diperolehi bagi kursus yang diambil oleh calon selepas diterima masuk untuk mengikuti
program pengajian Ijazah di Universiti.
(2) Dalam proses pemindahan kredit, jam kredit yang diperolehi bersama-sama dengan gred
dan mata gred bagi kursus berkenaan akan diambilkira dalam pengiraan PNG dan PNGK
calon. Kebenaran untuk pemindahan kredit antara lain, tertakluk kepada syarat-syarat
berikut:
47