Page 42 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 42
(3) Calon program Ijazah Sarjana secara Kursus Klinikal hendaklah mendaftar untuk program
pengajiannya tidak lewat daripada sebulan dari permulaan sesi akademik di mana ia
ditawarkan kemasukan.
(4) Dalam keadaan tertentu, Dekan Fakulti atau mana-mana pegawai yang ditetapkan oleh
Universiti atas perakuan Dekan Fakulti boleh membenarkan calon menangguhkan
pendaftaran permulaannya ke semester yang berikutnya.
(5) Sekiranya calon tidak mendaftar dalam tempoh yang ditetapkan atau dalam tempoh
penangguhan yang diluluskan maka tawaran kemasukan ke program pengajian ijazah
tersebut adalah luput dengan sendirinya.
Pendaftaran Kursus
4. (1) Calon program ijazah Sarjana dikehendaki mendaftar untuk kursus yang ditetapkan bagi
program pengajian Ijazah yang diikutinya.
(2) Calon diberi tempoh selama dua minggu dari tarikh permulaan semester untuk
menyempurnakan urusan pendaftaran kursus. Calon yang tidak menyempurnakan
pendaftaran kursus dalam tempoh ini tidak dibenarkan mengikuti kursus tersebut.
(3) Walau apapun peruntukan subperaturan 4(2) di atas, seseorang calon sebagai kes khas
atas perakuan Dekan Fakulti, boleh diluluskan untuk mendaftar lewat atau secara
kebelakangan sekiranya calon dapat memenuhi lapan puluh peratus daripada
kehadiran kelas untuk semester berkenaan bagi kursus tersebut. Calon tersebut
akan dikenakan bayaran denda atas kadar yang ditetapkan di samping yuran-yuran lain
yang ditetapkan bagi kursus berkenaan.
Pembaharuan Pencalonan
5. (1) Calon program pengajian Ijazah Sarjana secara Kursus dan program pengajian ijazah
Sarjana secara Kursus dan Penyelidikan hendaklah memperbaharui pencalonannya tidak
lewat dari dua minggu dari tarikh permulaan semester yang berkenaan.
(2) Calon program pengajian Ijazah secara Kursus Klinikal hendaklah memperbaharui
pencalonannya tidak lewat dari tujuh minggu dari tarikh permulaan sesi akademik yang
berkenaan.
(3) Calon program pengajian Ijazah secara Penyelidikan hendaklah memperbaharui
pencalonannya tidak lewat dari tujuh minggu dari tarikh permulaan semester yang
berkenaan.
(4) Calon yang gagal untuk memperbaharui pencalonan dalam tempoh seperti yang ditetapkan
dalam subperaturan (1), (2) dan (3) boleh menyebabkan pencalonannya diluputkan
melainkan calon dibenarkan mendaftar lewat. Calon tersebut akan dikenakan bayaran
denda atas kadar yang ditetapkan di samping yuran-yuran lain yang ditetapkan.
Pendaftaran Serentak
6. (1) Tertakluk kepada subperaturan (2), (3), dan (4) di bawah, calon tidak dibenarkan mendaftar
serentak untuk program pengajian lain yang membawa kepada penganugerahan sesuatu
ijazah di Universiti ini atau di universiti atau institusi lain.
42