Page 46 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 46

Pertukaran Bidang Penyelidikan

            13.    Calon  tidak  dibenarkan  menukar  bidang  penyelidikannya.  Walau  bagaimanapun  dalam  keadaan
                   tertentu, pertukaran bidang penyelidikan ini boleh dibenarkan tertakluk kepada  kelulusan Fakulti yang
                   berkenaan.

            Pertukaran Mod Pengajian

            14.    Calon boleh mengemukakan permohonan mengikut prosedur yang ditetapkan kepada Fakulti untuk
                   menukar mod pengajiannya tertakluk kepada yang berikut:

                   (1)    Permohonan  dikemukakan  tidak  lewat  dari  tujuh  minggu  dari  tarikh  pendaftaran
                          permulaannya;

                   (2)    Pertukaran hanya dibenarkan untuk sekali sahaja sepanjang tempoh pengajiannya; dan

                   (3)    Tempoh  pengajian  dalam  program  pengajian  asal  tidak  diambil  kira  sebagai  sebahagian
                          daripada tempoh maksimum pengajian calon.

            Pertukaran Program Pengajian

            15.    Calon  boleh  mengemukakan  permohonan  mengikut  prosedur  yang  ditetapkan  untuk  menukar
                   program pengajiannya tertakluk kepada yang berikut:

                   (1)    Pertukaran  program pengajian diperakukan  oleh Dekan Fakulti/Penyelaras di mana calon
                          mengikuti program pengajiannya dan diluluskan oleh Fakulti pengajian program barunya;

                   (2)    Permohonan  dikemukakan  tidak  lewat  dari  tujuh  minggu  dari  tarikh  pendaftaran
                          permulaannya;

                   (3)    Dibenarkan untuk sekali sahaja sepanjang tempoh pengajiannya;

                   (4)    Tempoh  pengajian  dalam  program  pengajian  asal  tidak  diambil  kira  sebagai  sebahagian
                          daripada tempoh maksimum pengajian calon.


            Penukaran Taraf Pencalonan Dari Program Ijazah Sarjana Secara Penyelidikan Ke Program Ijazah Doktor
            Falsafah

            16.     (1)    Calon program ijazah Sarjana secara penyelidikan boleh dipertimbangkan untuk penukaran
                          taraf  pencalonannya  kepada  pencalonan  untuk  ijazah  Doktor  Falsafah  jika  ia  telah
                          menyelesaikan sekurang-kurangnya dua belas bulan tetapi tidak melebihi lima belas bulan
                          pengajian dalam program ijazah Sarjananya pada masa permohonan untuk penukaran taraf.

                   (2)    Calon  yang  ingin  menukarkan  pencalonannya  untuk  ijazah  Sarjana  kepada  pencalonan
                          yang membawa kepada Ijazah Doktor Falsafah hendaklah:

                          (a)    membuat  permohonan  bertulis  kepada  Dekan  bersama-sama  dengan  yang
                                 berikut:

                                 (i)     satu  laporan  bertulis  yang  tidak  melebihi  6,000  patah  perkataan
                                         mengenai:


                                                                                           46
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51