Page 48 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 48
(a) Kursus yang dipohon untuk pemindahan kredit mempunyai pertindihan sekurang-
kurangnya tujuh puluh lima peratus dengan kursus yang ditawarkan di Universiti;
(b) Gred atau mata gred yang diperolehi untuk kursus berkenaan adalah tidak kurang
daripada B atau 3.0; dan
(c) Kursus yang dipohon untuk pemindahan kredit hendaklah kursus dari program
pengajian yang setaraf dengan program pengajian Ijazah.
Pengecualian Kredit
18. (1) “Pengecualian kredit” bermakna pengecualian dari mendaftar dan mengikuti kursus yang
ditetapkan untuk program pengajian Ijazah sepertimana yang diluluskan oleh Senat.
Kebenaran untuk pengecualian kredit ini adalah tertakluk kepada syaratsyarat seperti
berikut:
(a) Kursus yang dipohon untuk pengecualian kredit telah diambil oleh calon sebelum
diterima masuk ke program pengajian Ijazah;
(b) Kursus yang dipohon untuk pengecualian kredit mempunyai pertindihan sekurang-
kurangnya tujuh puluh lima peratus dengan kursus yang ditawarkan di Universiti;
(c) Gred atau mata gred yang diperolehi untuk kursus berkenaan adalah tidak kurang
daripada B atau 3.0; dan
(d) Kursus yang dipohon untuk pengecualian kredit hendaklah kursus dari program
pengajian yang setaraf dengan program pengajian Ijazah.
(2) Kursus yang diluluskan pengecualian kredit akan diberikan Gred K dan jam kredit tidak
diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK.
(3) Dalam keadaan tertentu, kursus yang tidak diluluskan untuk pemindahan kredit boleh
dipertimbangkan untuk pengecualian kredit tertakluk kepada syarat-syarat di subperaturan
(1) di atas.
Permohonan Pemindahan Dan Pengecualian Kredit
19. (1) Permohonan untuk pemindahan atau pengecualian kredit hendaklah dibuat dengan
menggunakan borang tertentu yang boleh didapati di Fakulti masing-masing. Borang yang
telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Dekan Fakulti tidak lewat dari hari
Jumaat minggu kuliah kedua Semester Biasa bersama-sama dengan—
(a) bayaran yuran proses atas kadar yang ditetapkan. Yuran ini tidak akan
dikembalikan;
(b) silibus dan sistem pemarkahan kursus yang dipohon untuk pemindahan atau
pengecualian kredit; dan
(c) satu salinan transkrip.
(2) Jumlah maksimum kredit yang boleh dipindah dan dikecualikan tidak boleh melebihi satu
pertiga kredit daripada komponen kursus program pengajian Ijazah.
48