Page 43 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 43

(2)    Fakulti boleh membenarkan calon mendaftar serentak untuk program pengajian  lain yang
                          membawa  kepada  penganugerahan  sesuatu  ijazah  di  Universiti  ini  atau  universiti  atau
                          institusi lain dengan syarat−

                          (a)     calon  itu  telah  mengemukakan  kepada  Fakulti  disertasi  atau  laporan
                                 penyelidikannya untuk pemeriksaan; dan

                          (b)    program pengajian itu tidak sama dengan program pengajian ijazahnya
                                 yang didaftarnya di Universiti ini.

                   (3)    Dalam keadaan di mana Universiti mengadakan program kerjasama dengan universiti atau
                          institusi  lain  yang  membawa  kepada  penganugerahan  sesuatu  ijazah,  calon  boleh
                          dibenarkan untuk pendaftaran serentak.

                   (4)    Calon dengan kelulusan daripada Dekan Fakulti boleh mendaftar dan mengikuti pada mana-
                          mana satu masa, suatu program latihan dalam perkhidmatan yang diminta oleh majikannya
                          jika program tersebut dijalankan bagi tempoh yang tidak melebihi satu tahun.

                   (5)    Tertakluk kepada subperaturan  (2),  (3), dan  (4) di atas, mana-mana calon yang didapati
                          melanggar subperaturan (1) di atas boleh ditamatkan pengajiannya tanpa pembayaran balik
                          yuran dan bayaran lain yang telah dibayar.

            Kehadiran Dalam Program Pengajian

            7.     (1)    Calon  hendaklah  menghadiri  semua  program  pengajaran  dan  penyelidikan  berkaitan
                          dengan  program  pengajian  ijazah  yang  diikutinya  melainkan  calon  berkenaan  diberi  cuti
                          sakit  atau  cuti  bersalin  oleh  pegawai  perubatan  berdaftar  atau  diberi  kebenaran  bertulis
                          untuk tidak hadir oleh Dekan Fakulti.

                   (2)    Calon boleh dengan kelulusan Fakulti menjalani sebahagian program pengajian ijazahnya di
                          universiti atau institusi lain.

            Penarikan Diri Dari Kursus

            8.     (1)    Penarikan  diri  dari  kursus  bermakna  penarikan  diri  dari  satu  atau  lebih  kursus  dalam
                          sesuatu semester.

                   (2)    Calon boleh menarik diri dari kursus tidak  lewat dari minggu kedua semester berkenaan.
                          Calon  tidak  dikenakan  yuran  pengajian  dan  rekod  pendaftaran  kursus  berkenaan
                          dihapuskan.

                   (3)    Calon  yang  menarik  diri  dari  kursus  selepas  minggu  kedua  sehingga  minggu  ketujuh
                          Semester Biasa akan dikenakan yuran pengajian bagi kursus dan dicatatkan Gred W bagi
                          kursus berkenaan.

                   (4)    Penarikan  diri  dari  kursus  selepas  minggu  ketujuh  Semester  Biasa  atau  selepas  minggu
                          kedua  Semester  Khas  adalah  tidak  dibenarkan  kecuali  diluluskan  oleh  Dekan  Institut
                          Pengajian Siswazah atau pegawai yang ditetapkan oleh Universiti atas permohonan calon
                          mengikut prosedur yang ditetapkan.

                   (5)    Permohonan hanya akan dipertimbangkan atas alasan kecemasan yang disokong dengan
                          bukti dokumentasi berkenaan atau atas alasan perubatan yang disokong dengan laporan
                          perubatan yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan berdaftar.

                                                                                           43
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48