Page 45 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 45
(6) Tempoh maksimum penarikan diri dari semester bagi calon adalah sebanyak dua Semester
Biasa sepanjang tempoh pengajiannya yang boleh diambil secara berterusan atau
sebaliknya kecuali pada semester akhir pencalonan.
(7) Melainkan atas alasan perubatan yang disokong dengan laporan perubatan daripada
pegawai perubatan berdaftar, tempoh di mana calon telah menarik diri akan diambilkira
sebagai sebahagian dari tempoh maksimum pengajiannya.
Penarikan Diri Dari Program Pengajian
10. (1) Permohonan penarikan diri dari program pengajian Ijazah hendaklah dibuat secara bertulis
dan mengikut prosedur yang ditetapkan melalui Dekan Fakulti kepada Dekan Institut
Pengajian Siswazah atau mana-mana pegawai sepertimana yang ditetapkan oleh Universiti;
dan
(2) Sebarang keputusan terhadap penarikan diri dari program pengajian Ijazah adalah
muktamad.
BAHAGIAN IV
BAYARAN
Yuran dan Bayaran Lain
11. (1) Calon hendaklah menjelaskan segala yuran dan bayaran lain yang kena dibayar kepada
Universiti pada masa permulaan pendaftaran atau pada masa memperbaharui pencalonan
melainkan ia dikecualikan daripada mana-mana yuran atau bayaran atau kedua duanya.
(2) Calon yang hendak menjelaskan mana-mana yuran atau bayaran lain yang kena dibayar
kepada Universiti secara ansuran hendaklah membuat permohonan mengikut prosedur
yang ditetapkan kepada Bursar Universiti atau mana-mana pegawai lain sepertimana yang
ditetapkan oleh Universiti.
(3) Calon yang gagal menjelaskan mana-mana yuran atau bayaran lain atau sebahagian
daripada yuran atau bayaran lain yang kena dibayar kepada Universiti tidak akan
dibenarkan menduduki mana-mana peperiksaan program pengajian Ijazah.
BAHAGIAN V
STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN
Penawaran dan Penyempurnaan Kursus
12. (1) Fakulti akan menentukan kursus-kursus yang ingin ditawarkan dalam mana-mana semester.
Setiap kursus baru boleh ditawarkan jika ia memenuhi syarat tertentu dan mendapat
Kelulusan Senat.
(2) Setiap kursus yang ditawarkan hendaklah diajar, diselesaikan dan diperiksa dalam satu
semester. Hanya kursus-kursus tertentu yang telah terlebih dahulu mendapat kelulusan
Senat boleh dikendalikan bagi tempoh melebihi satu semester.
(3) Jumlah jam kredit untuk komponen kursus bagi program pengajian Ijazah hendaklah
sepertimana yang ditentukan oleh Fakulti dan Senat.
45