Page 49 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 49
(3) Calon akan dimaklumkan secara bertulis mengenai keputusan permohonan pemindahan
atau pengecualian kredit yang dipohon.
BAHAGIAN VI
PENYELIAAN
Penyeliaan Dan Kemajuan Pencalonan
20. (1) Fakulti hendaklah melantik seorang penyelia bagi setiap calon yang mengikuti program
pengajian Ijazah secara penyelidikan dan yang mengikuti komponen penyelidikan dalam
program pengajian Ijazah secara kursus dan penyelidikan. Bagi pencalonan yang
memerlukan lebih daripada seorang penyelia, Fakulti boleh melantik penyelia tambahan
mengikut bilangan yang difikirkan wajar yang masingmasing hendaklah mempunyai status
yang sama. Penyelia hendaklah menjalankan peranan dan tanggungjawab sepertimana
yang ditetapkan oleh Universiti.
(2) Profesor Adjung Universiti, pensyarah pelawat, penyelidik pasca-doktoral atau felo
penyelidik boleh dilantik oleh Fakulti sebagai penyelia calon dengan syarat seorang penyelia
tambahan daripada kalangan kakitangan akademik Universiti dilantik bersama untuk sama-
sama menyelia calon tersebut.
(3) Fakulti boleh melantik seorang penyelia bersama bagi mana-mana calon.
(4) Fakulti boleh melantik seorang perunding bagi mana-mana calon.
(5) Penyelia, penyelia bersama (jika ada) dan perunding (jika ada) hendaklah dilantik sebelum
pendaftaran permulaan calon atau pada masa lain mengikut keperluan. Fakulti berhak
menambah, mengurang atau menukar mana-mana penyelia, penyelia bersama atau
perunding dari semasa ke semasa sebagaimana dianggap wajar oleh Fakulti.
(6) Calon secara kursus dan penyelidikan dan secara penyelidikan adalah dikehendaki
mengemukakan laporan kemajuan penyelidikannya pada akhir setiap semester kepada
penyelianya mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Penyelia, penyelia bersama dan
perunding hendaklah menilai laporan kemajuan penyelidikan calon mengikut prosedur yang
ditetapkan.
(7) Calon yang kemajuannya memuaskan akan diperakukan untuk pencalonan diteruskan.
Calon yang kemajuannya tidak memuaskan untuk tiga semester berturutturut akan
ditamatkan pencalonannya oleh Fakulti.
(8) Calon yang gagal mengemukakan laporan kemajuannya dalam tempoh yang ditetapkan
akan dihalang daripada mendaftar untuk semester berikutnya.
BAHAGIAN VII
DISERTASI ATAU LAPORAN PENYELIDIKAN
Ketetapan Bidang Penyelidikan dan Tajuk Disertasi dan Laporan Penyelidikan
21. (1) Bagi program ijazah Sarjana bukan secara klinikal:
(a) Fakulti hendaklah meluluskan bidang penyelidikan untuk disertasi atau laporan
penyelidikan sebelum calon memulakan penyelidikannya.
49