Page 54 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 54
(b) hasil penyelidikan yang membawa kepada disertasi atau laporan penyelidikan berkenaan;
atau
(c) kedua dua yang dinyatakan di atas.
BAHAGIAN VIII
PEPERIKSAAN
Bilangan Dan Skop Peperiksaan
24. (1) Bilangan dan skop peperiksaan yang dibuat di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah
seperti mana yang diluluskan oleh Senat atas perakuan Fakulti.
(2) Peperiksaan dalam mana-mana program pengajian boleh meliputi ujian bertulis, lisan, amali
dan klinikal, dalam apa jua bentuknya, serta kaedah penilaian lain sepertimana yang
diluluskan oleh Senat atas perakuan Fakulti.
(3) Jawatankuasa Pemeriksa boleh atas budibicaranya menghendaki calon menduduki mana-
mana peperiksaan tambahan yang dianggap perlu untuk penilaian program pengajian
ijazahnya.
Jawatankuasa Pemeriksa
25. Maka hendaklah ada sekurang-kurangnya satu Jawatankuasa Pemeriksa bagi setiap peperiksaan
atau sebahagian daripadanya untuk sesuatu program pengajian ijazah Sarjana.
Program Pengajian Secara Kursus/Kursus Klinikal
26. (1) Keanggotaan Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah terdiri daripada berikut:
(a) Dekan Fakulti sebagai Pengerusi;
(b) Pengerusi Jawatankuasa Ijazah Tinggi Fakulti atau Timbalan Dekan yang
bertanggungjawab bagi urusan program ijazah Sarjana di Fakulti di mana
Timbalan Dekan berkenaan bukan Pengerusi Jawatankuasa Ijazah Tinggi Fakulti;
(c) Ketua jabatan yang berkenaan;
(d) penyelaras bidang berkenaan yang bertanggungjawab untuk manamana kursus
atau program pengajian yang bukan dalam Jabatan/Fakulti;
(e) pemeriksa luar berkenaan; dan
(f) mana-mana Pemeriksa Dalam yang terdiri daripada guru sepenuh masa atau
orang lain yang dilantik oleh Fakulti.
(2) Korum untuk mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah terdiri daripada pengerusi dan
satu pertiga daripada keahlian Jawatankuasa Pemeriksa. Walau bagaimanapun bagi
program secara kursus klinikal, korum hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga
orang ahli termasuk Pengerusi.
(3) Seorang guru separuh masa Universiti boleh dijemput menghadiri mesyuarat Jawatankuasa
Pemeriksa.
54