Page 59 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 59
Perunding
31. Jika seorang perunding telah dilantik untuk membantu dalam penyeliaan calon, Fakulti boleh
menghendaki perunding tersebut menyedia dan mengemukakan laporan mengenai disertasi. Laporan
perunding hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa untuk peperiksaan
disertasi calon.
Penilaian Peperiksaan Program Pengajian Secara Kursus
32. (1) Kaedah penilaian kursus hendaklah seperti berikut:
(a) Kaedah penilaian kursus bergantung kepada hasil pembelajaran dan kandungan
kursus. Nisbah sumbangan atau pemberatan kaedah penilaian dalam jumlah
markah akhir kursus akan ditentukan oleh Fakulti dan hendaklah diluluskan oleh
Senat.
(b) Kehadiran dalam kelas
(i) Calon diwajibkan menghadiri semua kelas. Adalah menjadi
tanggungjawab setiap guru untuk memaklumkan kepada calon tentang
akibat ketidakhadiran kelas. Adalah menjadi tanggungjawab calon untuk
memastikan bahawa guru diberitahu awal tentang ketidakhadirannya.
Guru dikehendaki menyimpan rekod kehadiran kelas dan melaporkan
tentang ketidakhadiran yang melebihi dua puluh peratus ke Pejabat
Dekan Fakulti.
(ii) Mana-mana calon dengan kehadiran kelas kurang daripada lapan puluh
peratus untuk sesuatu kursus dalam suatu semester tanpa sebab
munasabah yang boleh diterima atau tanpa terlebih dahulu mendapat
kebenaran guru berkenaan akan dihalang daripada mengambil
peperiksaan akhir bagi kursus berkenaan dalam sesuatu semester oleh
Dekan Fakulti. Apabila calon dihalang daripada mengambil peperiksaan
akhir sesuatu kursus pada sesuatu semester ia hendaklah diberitahu
secara bertulis oleh Dekan Fakulti selewatlewatnya satu minggu
sebelum peperiksaan semester berkenaan bermula.
(iii) Mana-mana calon yang dihalang daripada mengambil peperiksaan akhir
untuk sesuatu kursus dalam sesuatu semester akan diberi markah sifar
untuk peperiksaan akhir kursus itu.
59