Page 58 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 58
(h) Pemeriksa luar yang dilantik untuk memeriksa disertasi calon hendaklah
menyerahkan laporannya dalam format yang ditetapkan tidak melebihi dua bulan
dari tarikh disertasi dihantar kepada beliau. Fakulti boleh memperakukan kepada
Senat bagi menggantikan pemeriksa luar yang tidak menjalankan kewajipan
beliau dengan memuaskan dengan pemeriksa luar yang lain.
(3) Ijazah Sarjana secara Kursus dan Penyelidikan Pelantikan pemeriksa luar bagi komponen
kursus, hendaklah sepertimana yang diperuntukkan dalam subperaturan (1) dan pelantikan
pemeriksa luar bagi komponen penyelidikan, hendaklah sepertimana yang diperuntukkan
dalam subperaturan (2).
Pemeriksa Dalam
30. (1) Tertakluk kepada subperaturan (4) di bawah, Fakulti hendaklah melantik—
(a) guru sepenuh masa atau separuh masa Universiti sebagai Pemeriksa Dalam
untuk komponen kursus; dan
(b) guru sepenuh masa Universiti untuk memeriksa disertasi seseorang calon.
(2) Pemeriksa Dalam yang dilantik untuk memeriksa disertasi calon hendaklah mempunyai
kelayakan, pengalaman dan kepakaran yang berkaitan dengan bidang penyelidikan
disertasi calon.
(3) Guru sepenuh masa Universiti yang ada tali persaudaraan rapat dengan calon, tidak boleh
dilantik menjadi Pemeriksa Dalam untuk memeriksa disertasi calon. Dalam keadaan
tertentu, guru sepenuh masa Universiti yang mempunyai hubungan kerja secara langsung
dengan calon, tidak boleh dilantik menjadi Pemeriksa Dalam untuk memeriksa disertasi
calon kecuali dengan kelulusan Senat.
(4) Tutor tidak boleh dilantik sebagai pemeriksa untuk memeriksa mana-mana kursus, disertasi
atau laporan penyelidikan bagi sesuatu program ijazah Sarjana. Walau bagaimanapun,
beliau boleh dengan persetujuan dan seliaan pemeriksa kursus, membantu dalam
pemarkahan skrip jawapan bagi sesuatu kursus. Bagi maksud ini "skrip jawapan" merujuk
kepada apa jua hasil bertulis atau bercetak selain daripada sebuah disertasi atau laporan
penyelidikan, yang diserahkan oleh seorang calon untuk memenuhi keperluan kursus dalam
program ijazah Sarjananya.
(5) Sekiranya berlaku kecemasan, Dekan Fakulti boleh melantik Pemeriksa Dalam untuk
memeriksa mana-mana kursus dengan syarat pelantikan demikian hendaklah dilaporkan
kepada Fakulti dengan secepat mungkin.
(6) Pemeriksa Dalam yang dilantik untuk memeriksa disertasi seseorang calon hendaklah
menyedia dan menyerahkan laporannya dalam format yang ditetapkan dalam tempoh tidak
melebihi dua bulan dari tarikh disertasi dihantar kepada beliau. Fakulti boleh menggantikan
Pemeriksa Dalam yang tidak menjalankan kewajipan beliau dengan memuaskan dengan
Pemeriksa Dalam yang lain.
58