Page 57 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 57
(c) Pemeriksa luar yang dilantik untuk sesuatu program Sarjana secara Kursus atau
komponen kursus untuk program Sarjana secara Kursus dan Penyelidikan
hendaklah:
(i) memeriksa dan menilai kertas soalan peperiksaan dan kertas jawapan
peperiksaan dan melaporkan ulasan/perakuan beliau kepada Dekan
Fakulti berkenaan;
(ii) di mana disyaratkan dalam surat pelantikannya, melawat Fakulti untuk
suatu tempoh yang akan ditetapkan oleh Dekan berkenaan untuk
bertemu dengan guru dan calon program ijazah Sarjana di Fakulti,
mengkaji kemudahan pengajaran dan penyelidikan Fakulti, menilai mutu
peperiksaan, menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa dan jika
perlu, menjalankan seminar untuk guru dan calon program ijazah
Sarjana di Fakulti; dan
(iii) mengkaji dan menilai secara am, struktur dan kurikulum sesuatu
program ijazah Sarjana dan memberi laporannya kepada Naib Canselor
dan Dekan Fakulti.
(2) Ijazah Sarjana secara Penyelidikan.
(a) Seboleh-bolehnya seorang pemeriksa luar dilantik untuk memeriksa disertasi
calon bagi program Sarjana secara Penyelidikan.
(b) Pemeriksa luar biasanya dilantik daripada kalangan ahli akademik luar Universiti
yang berkelayakan, berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang
penyelidikan disertasi calon. Dalam keadaan tertentu pakar dalam bidang
berkenaan dari luar Universiti yang tidak terdiri dari kalangan ahli akademik boleh
dilantik sebagai pemeriksa luar.
(c) Pemeriksa luar yang dilantik hendaklah tidak mempunyai tali persaudaraan rapat
dengan calon.
(d) Profesor Emeritus atau Profesor Adjung Universiti tidak boleh dilantik sebagai
pemeriksa luar.
(e) Tertakluk kepada perenggan (2)(b), bekas guru sepenuh masa Universiti boleh
dilantik sebagai pemeriksa luar dengan syarat beliau telah meninggalkan
perkhidmatan Universiti untuk tempoh tidak kurang lima tahun dari tarikh
pelantikan beliau sebagai pemeriksa luar.
(f) Siswazah Universiti yang merupakan bekas pelajar kepada penyelia calon boleh
dilantik sebagai pemeriksa luar dengan syarat beliau telah menamatkan pengajian
di Universiti dalam tempoh tidak kurang lima tahun dari tarikh pelantikan beliau
sebagai pemeriksa luar.
(g) Sekiranya berlaku kecemasan, Naib Canselor boleh melantik pemeriksa luar
untuk memeriksa disertasi calon dengan syarat pelantikan tersebut itu hendaklah
dilaporkan oleh Fakulti kepada Senat dengan secepat mungkin.
57