Page 50 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 50

(b)    Tajuk  Iaporan  penyelidikan  hendaklah  dikemukakan  kepada  Fakulti  untuk
                                 kelulusan  tidak  lewat  dari  sebulan  sebelum  calon  menyerahkan  laporan
                                 penyelidikannya untuk pemeriksaan.

                          (c)    Tajuk disertasi hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan semasa
                                 calon  memberi  notis  untuk  penyerahan  disertasinya  di  bawah  peraturan  23
                                 Peraturan-Peraturan ini.

                   (2)    Bagi program ijazah Sarjana secara klinikal, jabatan yang bertanggungjawab bagi program
                          pengajian calon hendaklah menetapkan bidang penyelidikan calon dan mana-mana perkara
                          yang berkaitan dengannya.

            Bahasa

            22.    Disertasi atau laporan penyelidikan hendaklah ditulis dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris.
                   Dalam keadaan tertentu, Senat boleh meluluskan suatu bahasa selain daripada bahasa Malaysia atau
                   bahasa Inggeris untuk disertasi atau laporan penyelidikan berkenaan.

            Penyerahan

            23.    Calon hendaklah menyerahkan disertasi atau laporan penyelidikan untuk peperiksaan dalam tempoh
                   pencalonannya. Tempoh yang diambil untuk pemeriksaan disertasi dan apaapa
                   tempoh pembetulan atau kajian lanjut disertasi yang diperlukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa tidak
                   dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh maksimum pencalonan calon.

                   (1)    Disertasi

                          (a)    Calon  hendaklah  memberi  sekurang-kurangnya  tiga  bulan  notis  bertulis  kepada
                                 Fakulti sebelum penyerahan disertasinya untuk pemeriksaan.

                          (b)    Had patah perkataan bagi disertasi adalah seperti berikut:

                                 (i)     Disertasi bagi program secara kursus dan penyelidikan hendaklah tidak
                                         melebihi empat puluh ribu patah perkataan; dan

                                 (ii)    Disertasi  bagi  program  secara  penyelidikan  hendaklah  tidak  melebihi
                                         enam puluh ribu patah perkataan.

                          (c)    Calon  yang  ingin  melebihi  had  patah  perkataan  yang  ditetapkan  hendaklah
                                 membuat  permohonan  kepada  Senat  melalui  Fakulti  sekurangkurangnya  tiga
                                 bulan sebelum penyerahan disertasi untuk pemeriksaan, dengan memberi alasan
                                 mengapa ia tidak dapat mematuhi had panjang yang telah ditetapkan.

                          (d)    Calon hendaklah mengemukakan sekurang-kurangnya lima salinan disertasi atau
                                 mengikut bilangan salinan yang ditetapkan oleh Fakulti dalam bentuk percetakan
                                 untuk  pemeriksaan.  Calon  boleh  diminta  oleh  Fakulti  untuk  mengemukakan
                                 disertasi dalam bentuk salinan elektronik sekiranya diperlukan.

                          (e)    Disertasi tersebut hendaklah—

                                 (i)     didahulukan dengan—

                                         (A)    perakuan keaslian penulisan berdasarkan format yang

                                                                                           50
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55