Page 44 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 44
(6) Sekiranya permohonan penarikan diri di perenggan (4) diluluskan, kursus berkenaan akan
dicatatkan dengan Gred W. Yuran pengajian bagi kursus berkenaan akan tetap dikenakan.
Sekiranya permohonan tidak diluluskan, calon dikehendaki meneruskan pengajiannya bagi
kursus berkenaan. Calon akan diberikan Gred F sekiranya tidak menghadiri kursus dan
tidak menduduki peperiksaan yang diadakan pada akhir semester berkenaan.
(7) Penarikan diri dari kursus atas alasan berikut tidak dibenarkan:
(a) Prestasi calon tidak memuaskan bagi mana-mana kursus;
(b) Kekurangan persediaan bagi kursus berkenaan; atau
(c) Tidak puas hati terhadap mana-mana kursus.
(8) Penarikan diri dari mana-mana kursus tidak dibenarkan apabila tempoh peperiksaan
semester telah bermula.
Penarikan Diri Dari Semester
9. (1) Penarikan diri dari semester bermakna penarikan diri dari semua kursus yang didaftarkan
atau program pengajaran atau penyelidikan bagi semester berkenaan. Calon hanya
dibenarkan menarik diri dari sesuatu semester selepas ia telah menjalani program pengajian
sekurang-kurangnya satu semester.
(2) Permohonan penarikan diri dari semester boleh diluluskan oleh Fakulti tertakluk kepada
ianya diterima sebelum jam 12.00 tengah hari, hari Jumaat minggu kuliah ketujuh semester
berkenaan.
(3) Calon yang diluluskan untuk menarik diri dari semester sebelum jam 12.00 tengah hari, hari
Jumaat minggu kuliah ketujuh semester—
(a) akan dikenakan yuran pengajian; dan
(b) rekod pendaftaran semester berkenaan dihapuskan.
(4) Calon tidak dibenarkan menarik diri dari semester selepas jam 12.00 tengah hari, hari
Jumaat minggu kuliah ketujuh semester kecuali diluluskan oleh Timbalan Naib Canselor
berkenaan atas permohonan calon yang dibuat secara bertulis melalui Dekan Fakulti.
Permohonan hanya akan dipertimbangkan atas alasan kecemasan yang disokong dengan
bukti dokumentasi berkenaan atau atas alasan perubatan yang disokong dengan laporan
perubatan yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan berdaftar.
(a) Sekiranya permohonan diluluskan, kursus berkenaan (sekiranya ada) akan
dicatatkan dengan Gred W. Yuran pengajian akan tetap dikenakan.
(b) Sekiranya permohonan tidak diluluskan, calon dikehendaki meneruskan
pengajiannya bagi semester berkenaan.
(5) Calon tidak dibenarkan menarik diri dari semester apabila tempoh peperiksaan semester
telah bermula.
44