Page 41 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 41
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971
PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010
KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA
(IJAZAH SARJANA) 2010
PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
(IJAZAH SARJANA) 2010
PADA menjalankan kuasa yang diberi oleh kaedah 17 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2010,
Senat membuat peraturan-peraturan seperti berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Nama, Mula Berkuat kuasa dan Pemakaian
1. (1) Peraturan-peraturan ini dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah
Sarjana) 2010 dan hendaklah berkuatkuasa mulai sesi akademik 2010/2011.
(2) Peraturan-peraturan ini hendaklah terpakai kepada semua calon program ijazah Sarjana
yang diterima masuk sebelum dan pada sesi akademik 2010/2011 dan selepas itu.
BAHAGIAN II
PERMOHONAN KEMASUKAN
Iklan Dan Permohonan
2. (1) Program pengajian Ijazah Universiti hendaklah diiklankan dari semasa ke semasa.
(2) Permohonan masuk ke program pengajian Ijazah hendaklah dibuat mengikut prosedur yang
ditetapkan.
(3) Sekiranya Universiti menetapkan tarikh tutup permohonan untuk kemasukan ke program
pengajian Ijazah, permohonan kemasukan tersebut hendaklah sampai pada atau sebelum
tarikh tutup yang telah ditetapkan.
BAHAGIAN III
PENDAFTARAN
Pendaftaran Permulaan
3. (1) Calon program Ijazah Sarjana secara Kursus atau secara Kursus dan Penyelidikan
hendaklah mendaftar untuk program pengajian ijazahnya tidak lewat daripada dua minggu
dari tarikh permulaan semester di mana ia telah ditawarkan kemasukan ke program
pengajian tersebut.
(2) Calon program Ijazah Sarjana secara Penyelidikan boleh mendaftar untuk program
pengajian tersebut pada bila-bila masa asalkan ianya tidak melebihi enam bulan daripada
tarikh surat tawaran dikeluarkan atau dalam tempoh seperti yang ditetapkan oleh Fakulti di
mana program pengajian tersebut diikuti.
41