Page 36 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 36
Kuasa Senat Membuat Peraturan
17. Senat boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan atau
menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Kaedah-Kaedah ini.
Pengecualian Pemakaian
18. Walau apapun dinyatakan di bawah Kaedah-Kaedah ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di
bawahnya, Senat boleh memberi pengecualian mana-mana peruntukan Kaedah-Kaedah ini dan
peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya.
Pematuhan Statut, Kaedah-Kaedah Dan Peraturan-Peraturan Universiti
19. Setiap calon adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan
Universiti Malaya, semua Statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan lain yang sedia terpakai di
Universiti termasuk Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.
Peruntukan-Peruntukan Peralihan
20. (1) Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 dan peraturanperaturan yang
dibuat di bawahnya adalah dengan ini dibatalkan.
(2) Walau apapun yang diperuntukkan dalam subkaedah (1) di atas, dan tertakluk kepada
pematuhan Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 dan peraturan-
peraturan yang dibuat di bawahnya, serta apa-apa ketetapan yang diluluskan oleh Senat,
pencalonan seorang calon yang berdaftar di bawah Kaedah- Kaedah Universiti Malaya
(Ijazah Sarjana) 2001 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, hendaklah pada
permulaan Kaedah-Kaedah ini terus mempunyai kuat kuasa dan kesan seolah-olah calon itu
telah berdaftar di bawah Kaedah-Kaedah ini tetapi selepas itu pencalonan calon itu akan
tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini.
Pembatalan
21. Kaedah-Kaedah Peperiksaan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2001 adalah dengan ini dibatalkan.
Dibuat pada .......................
Pengerusi
Lembaga Universiti Malaya
36