Page 34 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 34
oleh Universiti boleh melanjutkan tempoh pencalonan yang melampaui tempoh maksimum
sepertimana yang ditetapkan dalam subkaedah (2) di atas dengan syarat bahawa
pelanjutan berkenaan tidak melebihi tempoh dua semester.
BAHAGIAN VI
STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN
Struktur Program Pengajian
10. Struktur setiap program pengajian adalah seperti mana yang ditetapkan dan diluluskan oleh Senat
bagi program pengajian berkenaan.
BAHAGIAN VII
SYARAT BAHASA
Syarat Bahasa Malaysia
11. (1) Calon warganegara Malaysia dikehendaki memperoleh sekurang-kurangnya gred lulus
dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
Peringkat III Sijil Kecekapan Bahasa Malaysia atau Peringkat III Sijil Intensif Bahasa
Malaysia Universiti atau di peringkat setaraf dengannya sebelum dianugerahkan Ijazahnya.
(2) Calon bukan warganegara Malaysia dikehendaki menghadiri dengan memuaskan suatu
kursus Bahasa Malaysia yang dikendalikan oleh Universiti sebelum dianugerahkan
Ijazahnya melainkan ia memperoleh sekurang-kurangnya;
(a) gred lulus dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia;
(b) Peringkat III Sijil Kecekapan Bahasa Malaysia atau Peringkat III Sijil Intensif
Bahasa Malaysia Universiti; atau
a. gred lulus kursus Bahasa Malaysia yang diiktiraf oleh Universiti.
(3) Walau apapun yang diperuntukkan oleh subkaedah (1) dan (2) di atas keperluan syarat
Bahasa Malaysia adalah dikecualikan bagi calon yang telah mengikuti pengajian dalam
Bahasa Malaysia di Institusi Pengajian Tinggi tempatan.
Syarat Bahasa Inggeris
12. Calon bukan warganegara Malaysia yang mengikuti program pengajian dan/atau menulis disertasi
dalam bahasa selain daripada bahasa Inggeris dikehendaki:
(1) memperoleh skor sebanyak 500 Test of English as a Foreign Language (TOEFL); atau
(2) memperoleh band 5 bagi International English Language Testing System (IELTS); atau
(3) lulus kursus bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh Senat, sebelum dianugerahkan
Ijazahnya.
34