Page 29 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 29

“kredit” ertinya ukuran kuantitatif yang melambangkan volum pembelajaran atau beban pembelajaran
                   untuk mencapai hasil pembelajaran tertentu;

                   “nilai  kredit”  ertinya  pengiraan  sistem  kredit  yang  digunakan  berdasarkan  beban  sebenar  jam
                   pengajaran  calon  yang meliputi  semua  jenis  aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  diperlukan
                   untuk mencapai hasil pembelajaran kursus yang ditetapkan;

                   "kursus"  ertinya  satu  unit  pengajian  atau  latihan  yang  dijalankan  sepanjang  satu  tempoh  yang
                   ditetapkan,  biasanya  dalam  satu  semester,  yang  menyumbang  kredit  kepada  sesuatu  program
                   pengajian;

                   "laporan penyelidikan" ertinya hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh calon program pengajian
                   ijazah Sarjana Secara Kursus atau ijazah Sarjana Secara Kursus Klinikal semasa pencalonannya dan
                   termasuk kertas penyelidikan, kertas projek, laporan projek dan hasil penyelidikan berkenaan yang
                   dikenali dengan apa jua nama;

                   "Naib  Canselor"  ertinya  ketua  pegawai  eksekutif  dan  akademik  Universiti  yang  dilantik  di  bawah
                   subseksyen 12(1) Perlembagaan;

                   “Pemeriksa Dalam” ertinya seseorang guru sepenuh masa atau separuh masa Universiti yang dilantik
                   oleh Fakulti untuk memeriksa sesuatu kursus, sebahagian daripada kursus itu atau disertasi calon;

                   “Pemeriksa/Penilai Luar” ertinya seseorang bukan guru sepenuh masa atau separuh masa Universiti
                   yang dilantik oleh Fakulti untuk memeriksa kursus untuk sesuatu atau lebih program pengajian Ijazah
                   atau disertasi calon;

                   "Pendaftar"  ertinya  seorang  pegawai  Universiti  seperti  mana  yang  diperuntukkan  di  bawah
                   subseksyen 13(1) Perlembagaan;

                   “pengawas” ertinya pengawas dan termasuk ketua pengawas yang dilantik oleh Naib Canselor atau
                   oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Naib Canselor daripada kalangan guru sepenuh masa Universiti
                   untuk mengawas peperiksaan sesuatu program pengajian Ijazah;

                   "penyelia"  ertinya  seseorang  yang  dilantik  oleh  Fakulti  daripada  kalangan  kakitangan  akademik
                   Universiti  dan  termasuk  Profesor  Emeritus  Universiti,  Profesor  Adjung  Universiti,  penyelidik  pasca-
                   doktoral atau felo penyelidik untuk menyelia calon dalam program pengajiannya;

                   “penyelia  bersama"  ertinya  seseorang  yang  dilantik  oleh  Fakulti  daripada  kalangan  kakitangan
                   akademik  yang  telah  meninggalkan  perkhidmatan  Universiti  di  mana  khidmat  seliaannya  masih
                   diperlukan  untuk  membantu  calonnya  menyempurnakan  program  pengajian  dan  boleh  termasuk
                   kakitangan akademik dari universiti lain yang dilantik;

                   "Perlembagaan" ertinya Perlembagaan Universiti Malaya;

                   “perunding" ertinya seseorang yang bukan kakitangan  akademik mana manauniversiti yang dilantik
                   oleh Fakulti untuk membantu dalam penyeliaan calon dalam programpengajiannya;

                   “program pengajian" ertinya kumpulan kursus, latihan dan penyelidikan ataugabungan kursus, latihan
                   dan  penyelidikan  yang  dirancang  dan  ditawarkan  bagi  memenuhikeperluan  untuk  anugerah  ijazah
                   Sarjana;

                   “program pengajian secara Kursus” ertinya program pengajian yang ditakrifkan dibawah perenggan
                   3(1);

                                                                                           29
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34