Page 32 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 32

(4)     Kemasukan  seseorang  calon  hendaklah  atas  budi  bicara  Fakulti.  Walau  bagaimanapun
                          dalam  keadaan  tertentu  Dekan  Fakulti  boleh,  atas  perakuan  Timbalan  Dekan  yang
                          bertanggungjawab  bagi  urusan  program  pascasiswazah  dan  Ketua  Jabatan  berkenaan,
                          menerima masuk seseorang yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan
                          dengan PNGK tidak kurang daripada 3.0 atau setaraf dengannya.

                   (5)    Pemohon  bukan  warganegara  Malaysia  yang  memperolehi  ijazahnya  dari  universiti  atau
                          institusi  pengajian  tinggi  yang  tidak  menggunakan  bahasa  Inggeris  sebagai  bahasa
                          pengantar bagi ijazah berkenaan yang ingin mengikuti program pengajian  ijazah dan/atau
                          menulis disertasinya dalam bahasa Inggeris adalah dikehendaki:

                          (a)    memperoleh skor sebanyak 550 untuk jumlah berasaskan kertas, skor sebanyak
                                 213  bagi  jumlah  berasaskan  komputer  atau  skor  sebanyak  80  bagi  jumlah
                                 berasaskan internet bagi Test of English as a Foreign Language (TOEFL); atau

                          (b)    memperoleh band 6 bagi International English Language Testing System (IELTS);

                   (6)    Sekiranya  pemohon  tidak  mempunyai  kelayakan  sama  ada  yang  ditetapkan  dalam
                          perenggan (5)(a) atau (b), pemohon boleh dipertimbangkan untuk diterima masuk tertakluk
                          kepada  lulus  mana-mana  ujian  bahasa  Inggeris  yang  diiktiraf  oleh  Senat  sebelum
                          dibenarkan mendaftar program pengajian Ijazah yang berkenaan.

                   (7)     Walau  apapun  yang  diperuntukkan  dalam  perenggan  5(a)  dan  (b)  Kaedah-Kaedah  ini,
                          tertakluk  kepada  kelulusan  Senat,  Fakulti  boleh,  berdasarkan  keperluan  program  ijazah
                          Sarjana berkenaan, mengenakan:

                          (a)     peringkat  kecekapan  bahasa  Inggeris  yang  lebih  tinggi  bagi  semua  pemohon
                                 bukan warganegara Malaysia program ijazah Sarjana berkenaan; atau

                          (b)    peringkat  kecekapan  bahasa  Inggeris  yang  minimum  bagi  semua  pemohon
                                 warganegara Malaysia program ijazah Sarjana berkenaan; atau

                          (c)    peringkat kecekapan bahasa Inggeris selain dari perenggan 5(a) dan (b) di atas
                                 bagi pemohon bukan warganegara Malaysia program ijazah Sarjana berkenaan.

                                               BAHAGIAN III
                                              PENDAFTARAN

            Pendaftaran Sebagai Calon

            5.     (1)    Calon  yang  ditawarkan  oleh  Universiti  untuk  mengikuti  program  pengajian  Ijazah  dan
                          menerima tawaran tersebut dikehendaki mendaftar mengikut peraturan di bawah Peraturan-
                          Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2010.

                   (2)    Tertakluk kepada subkaedah (3) di bawah, calon yang mendaftar seperti yang tersebut di
                          subkaedah (1) di atas adalah pelajar Universiti dan digelar calon program pengajian Ijazah.
                          Nama calon tersebut hendaklah disenaraikan dalam daftar pelajar Universiti sehingga calon
                          berjaya menamatkan program pengajian ijazahnya dan Senat mengesahkan calon tersebut
                          layak dianugerahkan Ijazah atau sehingga atas sebab tertentu calon tersebut hilang status
                          menjadi pelajar Universiti mengikut yang mana terdahulu.

                   (3)    Setiap  calon  yang  telah  mendaftar  untuk  program  pengajian  ijazahnya  yang  telah
                          ditawarkan kepadanya hendaklah mendaftar secara berterusan dengan Universiti.

                                                                                           32
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37