Page 30 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 30

“program  pengajian  secara  Kursus  Klinikal”  ertinya  program  pengajian  yang  ditakrifkan  di  bawah
                   perenggan 3(2);

                   “program pengajian secara Kursus dan Penyelidikan” ertinya program pengajian yang ditakrifkan di
                   bawah perenggan 3(3);

                   “program  pengajian  secara  Penyelidikan”  ertinya  program  pengajian  yang  ditakrifkan  di  bawah
                   perenggan 3(4);

                   "semester'  ertinya  tempoh  tertentu  di  dalam  sesuatu  sesi  akademik  dan  terdiri  daripada  semester
                   biasa dan semester khas;

                   “Semester Biasa” ertinya Semester I atau Semester II sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual
                   Semester;

                   “Semester Khas” ertinya semester yang diadakan selepas semester II yang tempohnya lebih pendek
                   daripada Semester Biasa;

                   "Senat"  ertinya  salah  satu  Pihak  Berkuasa  Universiti  yang  ditubuhkan  di  bawah  Seksyen  22
                   Perlembagaan;

                   “sesi  akademik"  ertinya  tempoh  pengajian  sesuatu  program  pengajian  yang  terdiri  daripada  dua
                   semester biasa dan semester khas yang tarikh permulaan dan tarikh tamatnya ditetapkan oleh Naib
                   Canselor;

                   “tahun  akademik"  ertinya  tempoh  dua  belas  bulan  yang  tarikh  permulaan  dan  tarikh  akhirnya
                   hendaklah seperti mana yang ditetapkan oleh Naib Canselor; “tahun kalendar” ertinya jangka waktu
                   (masa) yang tempohnya adalah dua belas bulan;

                   "tempat  pengajian"  ertinya  Universiti  termasuk  mana-mana  tempat  lain  yang  diluluskan  oleh
                   Universiti;"Universiti" ertinya Universiti Malaya.


                                               BAHAGIAN II
                                PROGRAM PENGAJIAN DAN SYARAT KEMASUKAN

            Program Pengajian

            3.     Program pengajian hendaklah diklasifikasikan seperti berikut:
                   (1)    Ijazah Sarjana secara Kursus, iaitu program pengajian secara perkuliahan sepenuhnya yang
                          boleh melibatkan penghasilan laporan penyelidikan;

                   (2)     Ijazah Sarjana secara Kursus Klinikal, iaitu program pengajian secara kursus
                          klinikal yang melibatkan penghasilan laporan penyelidikan;

                   (3)    Ijazah Sarjana secara Kursus dan Penyelidikan, iaitu program pengajian secara gabungan
                          perkuliahan  dan  penyelidikan  yang  membawa  kepada  penghasilan  disertasi.  Calon
                          hendaklah  menjalankan  penyelidikan  setelah  ia  Berjaya  menyempurnakan  semua
                          perkuliahan yang ditetapkan dalam program pengajiannya melainkan dibenarkan selainnya
                          secara bertulis; dan



                                                                                           30
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35