Page 28 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 28

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971
                                   PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 2010
                                     KAEDAH KAEDAH UNIVERSITI MALAYA
                                           (IJAZAH SARJANA) 2010

            PADA  menjalankan  kuasa  yang  diberi  oleh  seksyen  37(1)  Perlembagaan  Universiti  Malaya  2010  [P.U.  (A)
            444/2010], Lembaga Pengarah Universiti membuat kaedah kaedah berikut:

                                                BAHAGIAN I
                                               PERMULAAN

            Nama, Mula Berkuat kuasa dan Pemakaian

            1.     (1)    Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Ijazah
                          Sarjana)  2010 dan hendaklah berkuat kuasa mulai sesi akademik 2010/2011.

                   (2)    Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai kepada semua calon program ijazah Sarjana yang
                          diterima masuk sebelum dan pada sesi akademik 2010/2011 dan selepas itu.

            Tafsiran

            2.     Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteks menghendaki makna yang lain— "Bursar" ertinya, seorang
                   pegawai Universiti seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 14 Perlembagaan;

                   “bilik peperiksaan” ertinya premis untuk menjalankan peperiksaan bagi sesuatu kursus atau kursus-
                   kursus;

                   “calon" ertinya seseorang yang telah berdaftar bagi menjalani mana-mana program pengajian ijazah
                   Sarjana Universiti;

                   "Dekan  Fakulti"  ertinya  Dekan  Fakulti  Universiti  dan  termasuk  mana  mana  Pengarah  atau  Ketua
                   Akademi,  Pusat,  Sekolah  atau  Institut  yang  dilantik  di  bawah  subseksyen  21(4)  dan  (5)
                   Perlembagaan;

                   “disertasi” ertinya suatu hasil bertulis dari penyelidikan yang telah dijalankan berkaitan dengan suatu
                   program pengajian ijazah Sarjana Secara Penyelidikan atau ijazah
                   Sarjana Secara Kursus dan Penyelidikan;

                   "Fakulti" ertinya mana mana Fakulti Universiti dan termasuk mana mana Sekolah, Pusat, Akademi
                   dan Institut Universiti yang ditubuhkan di bawah subseksyen 21(1) Perlembagaan;

                   “Ijazah” ertinya ijazah Sarjana Universiti;

                   "Jabatan"  ertinya  mana  mana  jabatan  pengajian  Fakulti  dan  termasuk  mana-mana  bahagian
                   pengajian Fakulti;

                   “Jawatankuasa  Pemeriksa”  ertinya  jawatankuasa  yang  ditubuhkan  di  setiap  Fakulti  untuk  maksud
                   menimbang  dan  menilai  keputusan  peperiksaan  calon  sepertimana  yang  diperuntukkan  dalam
                   peraturan-peraturan kepada Kaedah-Kaedah ini;

                   “Ketua Jabatan” ertinya Ketua mana-mana Jabatan pengajian Fakulti termasuk Pengerusi mana-mana
                   bahagian pengajian Fakulti atau Penyelaras Program di mana berkenaan;


                                                                                           28
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33