Page 33 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 33
(4) Mana-mana calon yang gagal mendaftar secara berterusan dengan Universiti akan terhenti
daripada menjadi pelajar dan namanya akan digugurkan daripada senarai daftar pelajar
Universiti.
(5) Walau apapun yang dinyatakan oleh subkaedah (1) di atas dan tertakluk kepada subkaedah
(3) di atas, Senat boleh pada bila-bila masa menamatkan pendaftaran mana-mana calon
sekiranya pada pandangan Senat calon tersebut atas sebab-sebab akademik yang
ditentukan oleh Senat, tidak mampu meneruskan program pengajian ijazahnya dan nama
calon tersebut hendaklah digugurkan dari senarai daftar pelajar Universiti dan calon tersebut
hendaklah terhenti daripada menjadi pelajar Universiti. Keputusan Senat yang dibuat
menurut peruntukan subkaedah (5) ini adalah muktamad.
BAHAGIAN IV
BAYARAN
Yuran dan Bayaran Lain
6. Calon hendaklah menjelaskan semua yuran dan bayaran lain yang ditetapkan mengikut peraturan
sepertimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2010.
Hak Mengubah Kadar Yuran dan Bayaran Lain
7. Pihak Universiti mempunyai hak mutlak untuk mengubah kadar yuran dan apa-apa kadar bayaran lain
yang ditetapkan tanpa notis terlebih dahulu kepada calon.
BAHAGIAN V
TEMPOH PROGRAM PENGAJIAN
8. Calon hendaklah mengikuti dan menamatkan program pengajian ijazahnya dalam tempoh yang
ditetapkan.
Tempoh Minimum Dan Tempoh Maksimum
9. (1) (a) Tempoh minimum pengajian bagi mana mana program ijazah Sarjana
selain daripada program ijazah Sarjana klinikal adalah selama dua semester biasa
melainkan Senat meluluskan suatu tempoh yang berlainan.
(b) Tempoh maksimum pengajian bagi mana mana program ijazah Sarjana selain
daripada program ijazah Sarjana Klinikal adalah selama lapan semester biasa.
(2) (a) Tempoh minimum pengajian bagi mana mana program ijazah Sarjana klinikal
adalah selama empat tahun melainkan Senat meluluskan suatu tempoh yang
berlainan.
(b) Tempoh maksimum pengajian bagi mana mana program ijazah Sarjana klinikal
adalah selama tujuh tahun melainkan Senat meluluskan suatu tempoh yang
berlainan.
(3) Walau apapun yang dinyatakan dalam subkaedah (1) dan (2) di atas, dalam keadaan
tertentu, Dekan Institut Pengajian Siswazah atau pegawai lain sepertimana yang ditetapkan
33