Page 35 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 35
BAHAGIAN VIII
PEPERIKSAAN
Peperiksaan
13. Peperiksaan hendaklah diadakan bagi program pengajian Ijazah secara―
(1) Kursus;
(2) Kursus dan Penyelidikan; atau
(3) Penyelidikan
yang tertakluk kepada peraturan-peraturan di dalam Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah
Sarjana) 2010.
BAHAGIAN IX
PENGIJAZAHAN
Syarat Pengijazahan
14. Calon boleh dianugerahkan Ijazah Sarjana yang berkenaan tertakluk kepada ia telah−
(1) memenuhi segala keperluan kaedah-kaedah ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di
bawahnya;
(2) memenuhi syarat bahasa seperti yang ditetapkan dalam kaedah 11 dan kaedah 12;
(3) diperakukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa untuk dianugerahkan ijazah dan diluluskan oleh
Senat;
(4) memenuhi segala keperluan lain yang ditetapkan oleh Senat dari semasa ke semasa; dan
(5) membayar semua yuran dan bayaran lain yang ditetapkan oleh Universiti.
BAHAGIAN X
AM
Kemasukan Pelajar Pemerhati
15. (1) Pelajar Pemerhati ialah seseorang yang diluluskan untuk mengikuti mana-mana kursus
yang ditawarkan atau menjalankan penyelidikan bagi program pengajian ijazah, sama ada
atau tidak untuk tujuan mendapat kredit. Mereka bukanlah pelajar program pengajian
Universiti.
(2) Kemasukan pelajar pemerhati hendaklah atas budi bicara Dekan Fakulti.
Penamatan Pencalonan
16. Senat berhak menamatkan pencalonan seseorang calon yang didapati telah memberikan maklumat
palsu serta tidak benar berkenaan dengan kemasukannya ke Universiti.
35