Page 31 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 31

(4)    Ijazah  Sarjana  secara  Penyelidikan,  iaitu  program  pengajian  secara  penyelidikan
                          sepenuhnya yang membawa kepada penghasilan disertasi.

            Syarat Kemasukan

            4.     (1)    Kelayakan minimum bagi kemasukan ke program pengajian berkenaan hendaklah seperti
                          berikut:

                          (a)    Program Secara Kursus; dan

                          (b)    Program Secara Kursus dan Penyelidikan

                                 (i)     ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya;
                                 (ii)    kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf; atau

                                 (iii)    kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.

                          (c)    Program Secara Kursus Klinikal

                                 (i)     Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan atau
                                         Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian;

                                 (ii)    kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf; atau

                                 (iii)    kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.

                          (d)    Program Secara Penyelidikan

                                 (i)      ijazah Sarjana Muda dengan kepujian atau setaraf dengannya;

                                         atau

                                 (ii)     ijazah Sarjana Muda dengan:

                                         (A)    sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja yang
                                                relevan; atau
                                         (B)    bukti penerbitan dalam bidang yang berkaitan;

                                 (iii)   kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf; atau
                                 (iv)    kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.

                   (2)    Tertakluk  kepada  keperluan  untuk  memenuhi  syarat  kelayakan  minimum  seperti  yang
                          dinyatakan  dalam  subkaedah  (1)  di  atas,  pemohon  juga  hendaklah  memenuhi  keperluan
                          khas yang ditetapkan oleh Fakulti bagi setiap program pengajian Ijazah yang berkenaan.

                   (3)    Walau  apapun  peruntukan  dalam  subkaedah  (1)  dan  (2)  di  atas,  dalam  kes-kes  yang
                          tertentu  dan  tertakluk  kepada  kelulusan  Senat,  Fakulti  boleh  diberi  kelonggaran  untuk
                          menerima  pemohon  yang mempunyai  kelayakan  selain  daripada  yang  terkandung  dalam
                          syarat kemasukan yang sedia ada.





                                                                                           31
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36