Page 66 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 66

(ii)    dirujukkan untuk pembetulan tanpa peperiksaan semula; atau

                                 (iii)    dirujukkan untuk kajian lanjut dan diserahkan untuk peperiksaan semula.

                          (c)    Markah dan gred tidak akan diberi dalam pemeriksaan disertasi.

                          (d)    Seorang calon boleh diperlukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa menghadiri  satu
                                 peperiksaan viva mengenai disertasinya.

                          (e)    Jawatankuasa  Pemeriksa  hendaklah  menentukan  kaedah  mengendalikan
                                 peperiksaan viva untuk disertasi seorang calon.

                          (f)    Jawatankuasa  Pemeriksa  boleh,  jika  perlu,  menjemput  seorang  guru  Universiti
                                 yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran yang berkaitan dengan bidang
                                 penyelidikan  calon  untuk  menghadiri  mesyuarat  Jawatankuasa  Pemeriksa  dan
                                 peperiksaan viva calon berkenaan.

                          (g)    Jawatankuasa  Pemeriksa  hendaklah  setelah  menimbang  laporan  pemeriksa,
                                 disertasi calon dan peperiksaan viva (jika ada), memutuskan dan memperakukan
                                 bawaha calon─
                                 (i)     dianugerahkan  ijazah  Sarjana  dengan  Cemerlang  tertakluk  kepada
                                         syarat  yang  ditetapkan  seperti  mana  yang  diperuntukkan  dalam
                                         peraturan 45(2); atau

                                 (ii)    telah mencapai merit akademik yang cukup untuk dianugerahkan Ijazah
                                         tanpa perlu membuat pembetulan; atau

                                 (iii)    telah mencapai merit akademik yang cukup untuk dianugerahkan ijazah
                                         tertakluk  kepada  calon  membuat  pembetulan minor  sepertimana  yang
                                         disarankan oleh pemeriksa dalam tempoh tidak melebihi tiga bulan dan
                                         disahkan oleh penyelia; atau

                                 (iv)    telah mencapai merit akademik yang cukup untuk dianugerahkan ijazah
                                         tertakluk  kepada  calon  membuat  pembetulan major  sepertimana  yang
                                         disarankan  oleh  pemeriksa  dalam  tidak  melebihi  enam  bulan  dan
                                         disahkan oleh Pemeriksa Dalam;

                                 (v)     dikehendaki  untuk  membuat  kajian  lanjut  dan  mengemukakan
                                         disertasinya  untuk  pemeriksaan  semula  dalam  tempoh  antara  enam
                                         hingga  dua  belas  bulan  dari  tarikh  keputusan  Senat;  atau  (vi)  tidak
                                         mencapai merit akademik dan diperakukan kepada Senat bahawa calon
                                         telah gagal dalam peperiksaan disertasi dan tidak dibenar menyerahkan
                                         disertasi untuk peperiksaan semula.

                          (h)    Walau apapun yang dinyatakan dalam subperenggan (v) di atas dalam keadaan
                                 tertentu kajian  lanjut untuk tempoh yang melebihi dua belas bulan  hanya boleh
                                 diluluskan oleh Senat atas perakuan Jawatankuasa Pemeriksa dan berdasarkan
                                 laporan pemeriksa.

                                 (i)     Bagi maksud peraturan ini “kajian lanjut” ertinya semakan dan penulisan
                                         semula  disertasi  termasuk  penyelidikan  lanjut  dalam  bidang  disertasi
                                         tersebut.  Manakala  “peperiksaan  semula”  ertinya  penilaian  semula

                                                                                           66
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71