Page 75 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 75

kepada Jawatankuasa Rayuan Fakulti yang kemudiannya akan mempertimbangkan sama
                          ada markah/gred calon yang merayu tersebut dikekalkan atau dipinda.

                   (6)    Jawatankuasa  Rayuan  di  peringkat  Fakulti  akan  membuat  perakuan  di  atas  kes  rayuan
                          tersebut  kepada  Jawatankuasa  Pemeriksa  berkenaan.  Jawatankuasa  Pemeriksa  akan
                          membuat keputusan sama ada menerima atau menolak perakuan tersebut. Jawatankuasa
                          Rayuan di peringkat Fakulti berkenaan adalah dianggotai oleh:

                          (a)    Dekan Fakulti sebagai Pengerusi;

                          (b)    Timbalan Dekan yang bertanggungjawab bagi ijazah tinggi;

                          (c)    Ketua jabatan berkenaan; dan

                          (d)    Pemeriksa berkenaan

                   (7)    Jawatankuasa Pemeriksa akan memaklumkan keputusan rayuan kepada mesyuarat Fakulti
                          dan Institut Pengajian Siswazah.

                   (8)    Sekiranya  Dekan  Fakulti  atas  apa-apa  sebab  tidak  dapat  menjalankan  kewajipannya
                          sebagai Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Fakulti, Timbalan Dekan yang bertanggungjawab
                          untuk  program  pascasiswazah  boleh  menjalankan  kewajipan  Dekan  sebagai  Pengerusi
                          Jawatankuasa Rayuan Fakulti tersebut.

            Rayuan Untuk Semakan Semula Keputusan Peperiksaan Disertasi

            47.    (1)    Calon yang telah gagal peperiksaan disertasinya dan tidak berpuashati dengan keputusan
                          tersebut boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Timbalan Naib Canselor yang
                          berkenaan  dalam  tempoh  enam  bulan  dari  tarikh  surat  pemberitahuan  keputusan
                          peperiksaannya.

                   (2)    Rayuan calon akan dikaji  oleh Timbalan Naib Canselor yang berkenaan bersama Dekan
                          Institut  Pengajian  Siswazah  atau mana-mana  pegawai  sepertimana yang  ditetapkan  oleh
                          Universiti. Sekiranya rayuan  calon tidak wajar dipertimbangkan, calon akan dimaklumkan
                          bahawa  rayuannya  tidak  diluluskan.  Sekiranya  rayuan  calon  wajar  dipertimbangkan,
                          Timbalan  Naib  Canselor  akan  mengemukakan  rayuan  tersebut  kepada  Senat  untuk
                          dipertimbangkan sama ada—

                          (a)    keputusan Jawatankuasa Pemeriksa asal dikekalkan;

                          (b)    pemeriksa tambahan dilantik untuk memeriksa disertasi calon; atau

                          (c)    suatu Jawatankuasa Pemeriksa baru dilantik untuk mengkaji keputusan calon dan
                                 mengemukakan perakuannya kepada Senat.

                   (3)    Calon  program  pengajian  Ijazah  secara  Kursus  dan  Penyelidikan  yang  telah  gagal
                          peperiksaan  bagi  komponen  kursus  boleh  merayu  untuk  semakan  semula  keputusan
                          peperiksaan seperti yang peruntukan dalam peraturan 46 dan bagi komponen penyelidikan
                          seperti yang diperuntukan dalam subperaturan 47(1) dan 47(2) di atas.





                                                                                           75
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80