Page 80 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 80

KEMAHIRAN INSANIAH

            PENGENALAN

            Dalam  era  globalisasi,  pencapaian  tahap  akademik  yang  tinggi  tidak  lagi  mencukupi  untuk  para  graduan
            diterima  terus  ke  pasaran  pekerjaan.  Dengan  ekspektasi  majikan  dan  cabaran  pekerjaan  yang  semakin
            meningkat, graduan perlu memiliki  bukan  sahaja kelayakan akademik tetapi  kebolehan dan kemahiran yang
            memberikan  nilai  tambah  yang mampu menarik  minat majikan.  Dari  aspek  ini,  kemahiran  insaniah  ataupun
            dikenali  sebagai  ‘soft  skills’  dilihat  sebagai  penyumbang  yang  kritikal  dalam  menjana  modal  insan  yang
            menyeluruh di samping mampu membawa persaingan di peringkat global.

            Pihak  Kementerian  Pengajian  Tinggi  telah  menggariskan  tujuh  (7)  elemen  kemahiran  insaniah  yang  wajar
            dimiliki oleh graduan. Tujuh elemen tersebut ialah:

               (1)     Kemahiran Berkomunikasi

               (2)     Pemikiran  Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah

               (3)     Kemahiran  Kerja Berpasukan

               (4)     Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

               (5)     Kemahiran Keusahawanan

               (6)     Etika dan Moral Profesional

               (7)     Kemahiran Kepimpinan

            Setiap elemen berkenaan diperincikan kepada dua (2) kumpulan iaitu:

               •   Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) :
                   KIM  merupakan  kemahiran  yang  mesti  dimiliki  oleh  setiap  pelajar  Institut  Pengajian  Tinggi.  Jika
                   kemahiran ini tidak ada, pelajar dianggap tidak kompeten dalam elemen berkaitan.

               •   Kemahiran Insaniah Tambahan (KIT) :
                   KIT  dianggap  sebagai  kemahiran  generik  yang  memberi  nilai  tambah  kepada  pelajar.  Jika  pelajar
                   memiliki kemahiran KIT & KIM mereka boleh dianggap memiliki kompeten cemerlang dalam elemen
                   berkaitan.

            KETERANGAN ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH

            1.   KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

            Kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
            yang dikategorikan kepada lapan (8) tahap berikut:

            Tahap Keterangan:

               1.  Kebolehan  menyampaikan  idea  dengan  jelas,  berkesan  dan  penuh  keyakinan,  secara  lisan  dan
                   bertulis.

               2.  Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas.

                                                                                           80
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85