Page 5 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 5

KATA ALUAN DEKAN
                                                      DEAN’S MESSAGE

                               Bismillahirahmanirahim.

                               Dengan rasa bangga dan besar hati saya mengalu-alukan kedatangan semua pelajar baru bagi sesi Tahun Akademik
                               2015/2016  dan  terima  kasih  kerana  memilih  Fakulti  Pendidikan,  Universiti  Malaya  sebagai  pilihan  utama  untuk
                               melanjutkan pelajaran. Fakulti yang terulung ini bukan sahaja telah mencipta nama di peringkat nasional bahkan juga di
                               peringkat global.
                               It is my pleasure and honour to welcome all new students to the 2015/2016 Academic Year and thanks for making the Faculty of
                               Education, University of Malaya your preferred choice. This established Faculty has made its mark not only nationally but also globally.

                               Seiring dengan pencapaian Universiti Malaya yang melonjak di kedudukan yang lebih baik di peringkat antarabangsa
            tahun  demi  tahun,  Fakulti  Pendidikan  juga  telah  berjaya  meningkatkan  tarafnya  dengan  tersenarai  sebagai  salah  satu  daripada  100  Fakulti
            Pendidikan terbaik di dunia. Pencapaian ini tidak tiba dalam sekelip mata tetapi adalah berasaskan daya usaha dan keprihatinan selama bertahun-
            tahun daripada setiap ahli fakulti serta para pelajar. Dengan usia lebih 50 tahun, Fakulti Pendidikan terus unggul dengan kejayaan menghasilkan
            kira-kira 20,000 graduan cemerlang.
            In line with the improvement in ranking of the University of Malaya in the international arena from year to year, the Faculty of Education has also been able to raise its
            standards to become one of the top 100 education faculties in the world. This success did not happen overnight but is based on years of toil by faculty members and
            students. Being 50 years of age, the faculty has continued to perform, and has succeeded in producing about 20 000 outstanding graduates.

            Program  ijazah  yang  ditawarkan  oleh  fakulti  tidak  hanya  menyediakan  pelajar  dengan  ilmu  intelektual  dan  kemahiran  semata-mata  tetapi  turut
            menghubungkan  teori  dan  amalan  bagi  mempersiapkan  pelajar  untuk  menempuh  alam  pekerjaan.  Sehingga  kini,  graduan  kami  tidak  hanya
            menyerlah dalam industri tempatan malah turut menyinar di persada antarabangsa.
            Our degree programmes not only provide students with sought after knowledge and skills, but also link theory to practice to better prepare students for the workforce.
            To date, our graduates not only shine in the local industries but many are successful in the international arena as well.

            Dalam kami berbangga dengan kejayaan ini, Fakulti Pendidikan sentiasa peka terhadap cabaran-cabaran baru yang dihadapi oleh negara. Justeru,
            Fakulti Pendidikan telah mengambil langkah-langkah sewajarnya dalam menghasilkan graduan yang berupaya menjadi pemikir dan menyumbang
            kepada idea-idea baru seterusnya mampu menjalankan penyelidikan bermutu setaraf dengan universiti terkemuka dunia atau mungkin lebih baik
            daripada mereka.
            As much as we take pride in such successes, the Faculty understands it needs to consider the latest challenges faced by the nation. Hence the Faculty has taken the
            appropriate steps to educate and acculturate our new graduates into becoming thinking individuals who can contribute  new ideas and capable of carrying out useful
            research at par with those from world class universities, but perhaps surpass them.

            Untuk memastikan kecemerlangan yang mapan, misi dan visi fakulti harus tersinkroni dalam setiap sudut dan didukung dengan strategi yang jitu ke
            arah hala tuju yang hendak dicapai. Perancangan disusun dengan teliti untuk generasi akan datang dalam menghasilkan buah kejayaan dari benih
            yang ditanam.
            To ensure sustained excellence, the university and faculty’s mission and vision must be synchronised from every angle and be supported by  strong strategies directed
            at achieving our desired goals. Planning is done with utmost care so that future generations can reap the fruits of success from the seeds we have sown.

            Salam hormat dan selamat maju jaya.
            Regards and all the best for your success.


                                                  ‘CEMERLANG BERSAMA UM’
                                                     ‘EXCELLENCE WITH UM’




            PROFESOR MADYA DR. MARIANI MD. NOR
            ASSOCIATE PROFESSOR DR. MARIANI MD NOR
            DEKAN/ DEAN
            FAKULTI PENDIDIKAN/ FACULTY OF EDUCATION
            UNIVERSITI MALAYA/ UNIVERSITY OF MALAYA
















                                                                                                            5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10