Page 7 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 7

MAKLUMAT AM
                                                    GENERAL INFORMATION

               Universiti Malaya adalah universiti tempatan pertama, ditubuhkan pada tahun 1905, untuk memenuhi keperluan pendidikan tinggi
            negara. Fakulti Pendidikan ditubuhkan pada 1963, dan pada awalnya dinamakan Sekolah Pendidikan Universiti Malaya. Sekolah
            Pendidikan  Universiti  Malaya  dibentuk  untuk  menawarkan  Diploma  Pendidikan,  satu  program  pasca  ijazah,  bagi  siswazah  yang
            memilih profesion perguruan. Sekolah Pendidikan berkembang dengan amat pesat dan dinaikkan taraf kepada status fakulti pada
            bulan Julai 1965. Program Sarjana Pendidikan telah ditawarkan untuk julung kalinya selepas dua tahun kemudian, diikuti dengan
            penawaran program Doktor Falsafah pada tahun 1969.
               The University of Malaya, the first local university, was established in 1905 to meet the higher education needs of the country. The faculty of
            Education was founded in 1963, and was initially named the School of Education. The School of Education offered the postgraduate Diploma in
            Education to graduates who chose to enter the teaching profession. The school expanded rapidly and was upgraded to the status of faculty in July
            1965.  The  Masters  of  Education  (M.Ed)  programme  was  introduced  for  the  first  time  two  years  later  and  this  was  followed  by  the  Doctor  of
            Philosophy (Ph.D) programme in 1969.

               Sejak penubuhannya, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya telah berjaya melahirkan hampir 20,000 siswazah, iaitu lebih daripada
            15,000 pemegang Diploma Pendidikan, lebih daripada 2,282 graduan Sarjana, dan kira-kira 3,500 dengan ijazah dasar pendidikan.
               Since its establishment, the Faculty of Education has successfully trained almost 20,000 graduates. From among them, more than 15,000 have
            graduated with the Diploma in Education, more than 2,282 with a Master degree and about 3,500 with a Bachelor in Education degree.

                                   Seiring dengan Visi Universiti Malaya, Visi Fakulti Pendidikan adalah:
                               In tandem with the University of Malaya’s vision, the Vision of the Faculty of Education is

                                         Untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam pendidikan
                                  dan pembangunan modal insan peringkat kebangsaan dan antarabangsa

                       To become the centre of excellence in education, human capital development, research, innovation, publication and
                                        educational consultation.at the national and international level


                                             Nilai-Nilai Teras Universiti Malaya adalah:
                                               Core Values of the University of Malaya is
                                     Integriti                             Profesionalisme
                                     Integrity                              Professionalism
                                     Hormat                                  Meritokrasi
                                     Respect                                  Meritocracy
                               Kebebasan Akademik                     Semangat Kerja Berpasukan
                                 Academic Freedom                             Teamwork
                                 Berfikiran Terbuka                           Kreativiti
                                  Open-Mindedness                             Creativity
                              Kebertanggungjawaban                       Tanggungjawab sosial
                                   Accountability                          Social Responsibility

                                       Bagi mencapai Visi di atas, Misi Fakulti Pendidikan adalah:
                                         Towards this end, the Mission of the Faculty of Education is


                      Mempertingkatkan penjanaan ilmu dalam usaha menjadi pusat kecemerlangan dalam pendidikan dan
                       pembangunan modal insan melalui pengajaran, penyelidikan, inovasi, penerbitan dan perundingan

                    To improve knowledge generation to form a centre of excellence in education  and human capital development through
                                   teaching, research, innovation, publication and educational consultation



            Untuk mencapai wawasan ini, Fakulti telah mengenal pasti objektif yang berikut.
            To achieve this mission, the Faculty has identified the following general objectives:

               Untuk menghasilkan guru yang cekap bagi sekolah dan institusi pendidikan lain.
               To produce competent teachers for schools and other educational institutions.

               Untuk menghasilkan pakar dalam semua bidang pendidikan dan pembangunan manusia.
               To produce experts in all areas of education and human development.

               Menjadi pusat pengajian pasca ijazah dan pembangunan manusia.
               To become a postgraduate centre in education and human development.

               Menjadi pusat inovasi, penyelidikan asas dan aplikasinya dalam semua bidang pendidikan dan pembangunan manusia.
                                                                                                            7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12