Page 9 - Handbook: Postgraduate (PhD) 2015 2016
P. 9

1.  Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)
                   Bachelor of Education (TESL)

               2.  Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak
                   Bachelor of Early Childhood Education
               3.  Sarjana Muda Kaunseling
                   Bachelor of Counselling

               Peranan Fakulti Pendidikan tidak terhad kepada pendidikan guru sahaja. Setiap ahli Fakulti mempunyai kepakaran tersendiri
            dalam bidang pendidikan, dan kebanyakan ahli akademik di Fakulti ini berkhidmat sebagai penasihat atau pakar runding kepada
            Kementerian  Pendidikan  Malaysia  dan  berbagai-bagai  organisasi.  Setengah-setengah  daripada  mereka  bertugas  rapat  dengan
            agensi-agensi antarabangsa termasuk Bank Dunia, UNESCO, UNICEF, IBRD, RECSAM, dan RELC. Semua staf Fakulti ini terlibat
            secara aktif  dalam penyelidikan, dan sejumlah besar kertas kerja dan artikel telah diterbitkan di kedua-dua peringkat, tempatan dan
            antarabangsa. Kebanyakan grant penyelidikan ditaja oleh Universiti Malaya atau agensi dalam dan luar negara.
               The Faculty’s role is not limited to teacher education. Each Faculty member has his/her own area of expertise in a particular field of education
            and many serve as advisers or consultants to the Ministry of Education and various organisations. Some members of the Faculty work closely with
            overseas and international agencies including the World Bank, UNESCO, UNICEF, IBRD, RESCAM and RELC. All academic staff members are
            actively involved in research and numerous papers and articles have been published in both local and international journals. Research by faculty
            members is largely sponsored by grants from the University or agencies from within and outside the country.

                   Fakulti Pendidikan telah memulakan usaha ke arah misinya untuk menjadikan Fakulti ini sebagai satu pusat pendidikan
            ijazah tinggi dalam bidang pendidikan yang membawa kepada penganugerahan ijazah sarjana dan doktor falsafah. Fakulti berhasrat
            untuk mengeluarkan pendidik berijazah tinggi bagi memenuhi permintaan sistem pendidikan yang dinamik. Dengan kekuatan semasa
            kakitangan akademik, yang hampir kepada 100 orang, berbanding dengan jumlah staf yang tidak seberapa, iaitu hanya lima orang,
            pada  tahun  1963,  tidaklah  menghairankan  bahawa  Fakulti  mempunyai  sekumpulan  pakar  berbakat  yang  boleh  memberikan
            sumbangan yang lebih besar kepada perkembangan dalam bidang pendidikan.
                   The Faculty of Education has embarked on a mission to enhance its role as a centre for higher degrees in education. The Faculty aims to
            produce more postgraduate educators to meet the demands of a dynamic education system. With the present academic staff strength of nearly 100
            members  compared  to  only  five  in  1963,  the  Faculty  can  proudly  claim  to  have  a  pool  of  talented  expertise  with  the  ability  to  make  greater
            contributions to development in the field of education.

                   Fakulti Pendidikan mempunyai jumlah terbesar pelajar ijazah tinggi untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana dan doktor
            falsafah di Universiti Malaya. Di antara calon, yang terdiri daripada rakyat Malaysia, terdapat calon ijazah tinggi dari luar negara
            seperti Libya, Thailand, Brunei, Fiji, Sri Lanka, Cook Island, Samoa, China, Afrika, dan lain-lain. Dengan kehadiran pelajar dari luar
            negara, pendedahan dan latihan menjadi lebih luas apabila setiap pelajar dapat berkongsi pandangan dan pengalaman lepas.
                   The Faculty of Education has the largest number of postgraduate students pursuing either the Master or PhD degrees at the University of
            Malaya. While most of these graduate students are Malaysians, there are also postgraduate students who come from foreign countries like Algeria,
            Libya, Thailand, Brunei, Fiji, Sri Lanka, the Cook Islands, Samoa, China, various African and other countries. With the presence of international
            students, the exposure and training received is enriching as students are able to share their diverse experiences and views.

            Fakulti Pendidikan menawarkan pelbagai pilihan dalam bidang pengajian untuk ijazah Sarjana Pendidikan. Di antaranya ialah bidang:
            The Faculty of Education offers many areas of study for the Master of Education degree. These include:

                   1.   Perkembangan Kurikulum
                         Curriculum Development
                   2.   Perancangan dan Pentadbiran
                         Planning and Administration
                   3.   Pendidikan Jasmani
                         Physical Education
                   4.   Pendidikan Kesihatan
                         Health Education
                   5.   Psikologi Pengajaran
                         Education Psychology
                   6.   Pengukuran dan Penilaian
                         Measurement and Evaluation
                   7.   Pendidikan Khas
                         Special Education
                   8.   Pendidikan Bahasa
                         Language Education
                   9.   Pendidikan Bahasa Arab
                         Arabic Language Education
                   10.   Pendidikan Bahasa Inggeris
                         English LanguageEducation
                   11.   Pendidikan Sains
                         Science Education
                   12.   Pendidikan Matematik
                         Mathematics Education
                                                                                                            9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14