Page 133 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 133
Studio TV menyediakan kemudahan dan perkhidmatan untuk pengajaran mikro, rakaman daripada siaran rakaman di
dalam dan luar studio dan pengeluaran video. Beberapa rancangan pendidikan yang dirakamkan ke dalam pita video boleh
didapati di Studio TV untuk digunakan bagi tujuan pengajaran/pembelajaran.
Sila rujuk kepada kakitangan di Studio TV untuk mendapatkan maklumat tentang cara dan syarat-syarat mengguna
kemudahan atau mendapatkan perkhidmatan.
7. MAKMAL MULTIMEDIA
Kakitangan : En. Tun Hairul Farid Ton Hamzah
: En. Azrul Yusuf
Makmal Multimedia menyediakan kemudahan perkakasan serta perisian komputer. Perkakasan yang terdapat di makmal
ini termasuk 15 unit komputer multimedia yang dapat memuatkan seramai 30 orang pelajar, pencetak, projektor LCD, video-kamera
dan pengimbas. Terdapat perisian jenis Macromedia yang boleh digunakan untuk menghasilkan bahan pengajaran-pembelajaran
multimedia berinteraktif. Selain daripada itu, makmal ini juga dilengkapi dengan kemudahan internet. Makmal ini dikhususkan untuk
pelajar yang mengambil kursus dalam teknologi multimedia serta internet. Tujuan makmal ini ialah untuk melengkapkan para pelajar
dengan kemahiran asas multimedia-internet untuk pengajaran-pembelajaran di sekolah.
132