Page 5 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 5

KATA ALUAN DEKAN
                                                        DEAN’S MESSAGE

                                  Bismillahirahmanirahim.

                                  Dengan rasa bangga dan besar hati saya mengalu-alukan kedatangan semua pelajar baru bagi sesi 2016/2017 dan
                                  terima kasih kerana memilih Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya sebagai pilihan utama untuk melanjutkan pelajaran.
                                  Fakulti yang terulung ini bukan sahaja telah mencipta nama di peringkat nasional bahkan juga di peringkat global.
                                  It is my pleasure and honour to welcome all new students to the 2016/2017 session and thanks for making the Faculty of Education,
                                  University of Malaya your preferred choice. This established Faculty has made its mark not only nationally but also globally.

                                  Seiring dengan pencapaian Universiti Malaya yang melonjak di kedudukan yang lebih baik di peringkat antarabangsa
                                  tahun demi tahun, Fakulti Pendidikan juga telah berjaya meningkatkan tarafnya dengan tersenarai sebagai salah satu
                daripada 100 Fakulti Pendidikan terbaik di  dunia. Pencapaian ini  tidak tiba dalam sekelip mata tetapi adalah berasaskan daya  usaha dan
                keprihatinan selama bertahun-tahun daripada setiap ahli fakulti serta para pelajar. Dengan usia lebih 50 tahun, Fakulti Pendidikan terus unggul
                dengan kejayaan menghasilkan kira-kira 20,000 graduan cemerlang.
                In line with the improvement in ranking of the University of Malaya in the international arena from year to year, the Faculty of Education has also been able to raise its
                standards to become one of the top 100 education faculties in the world. This success did not happen overnight but is based on years of toil by faculty members and
                students. Being 50 years of age, the faculty has continued to perform, and has succeeded in producing about 20 000 outstanding graduates.

                Program ijazah  yang  ditawarkan oleh  fakulti tidak hanya menyediakan pelajar dengan  ilmu intelektual dan  kemahiran semata-mata tetapi turut
                menghubungkan teori dan amalan bagi mempersiapkan pelajar untuk menempuh alam pekerjaan. Sehingga kini, graduan kami tidak hanya
                menyerlah dalam industri tempatan malah turut menyinar di persada antarabangsa.
                Our degree programmes not only provide students with sought after knowledge and skills, but also link theory to practice to better prepare students for the workforce.
                To date, our graduates not only shine in the local industries but many are successful in the international arena as well.

                Dalam kami berbangga dengan kejayaan ini, Fakulti Pendidikan sentiasa peka terhadap cabaran-cabaran baru yang dihadapi oleh negara. Justeru,
                Fakulti Pendidikan telah mengambil langkah-langkah sewajarnya dalam menghasilkan graduan yang berupaya menjadi pemikir dan menyumbang
                kepada idea-idea baru seterusnya mampu menjalankan penyelidikan bermutu setaraf dengan universiti terkemuka dunia atau mungkin lebih baik
                daripada mereka.
                As much as we take pride in such successes, the Faculty understands it needs to consider the latest challenges faced by the nation. Hence the Faculty has taken the
                appropriate steps to educate and acculturate our new graduates into becoming thinking individuals who can contribute  new ideas and capable of carrying out useful
                research at par with those from world class universities, but perhaps surpass them.

                Untuk memastikan kecemerlangan yang mapan, misi dan visi fakulti harus tersinkroni dalam setiap sudut dan didukung dengan strategi yang jitu ke
                arah hala tuju yang hendak dicapai. Perancangan disusun dengan teliti untuk generasi akan datang dalam menghasilkan buah kejayaan dari benih
                yang ditanam.
                To ensure sustained excellence, the university and faculty’s mission and vision must be synchronised from every angle and be supported by  strong strategies directed
                at achieving our desired goals. Planning is done with utmost care so that future generations can reap the fruits of success from the seeds we have sown.

                Salam hormat dan selamat maju jaya.
                Regards and all the best for your success.


                                                    ‘CEMERLANG BERSAMA UM’
                                                       ‘EXCELLENCE WITH UM’




                PROFESOR MADYA DR. MARIANI MD. NOR
                ASSOCIATE PROFESSOR DR. MARIANI MD NOR
                DEKAN/ DEAN
                FAKULTI PENDIDIKAN/ FACULTY OF EDUCATION
                UNIVERSITI MALAYA/ UNIVERSITY OF MALAYA

















                                                                                                           5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10