Page 7 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 7

MAKLUMAT AM
                                                      GENERAL INFORMATION

                    Universiti Malaya adalah universiti tempatan pertama, ditubuhkan pada tahun 1905, untuk memenuhi keperluan pendidikan tinggi
                negara. Fakulti Pendidikan ditubuhkan pada 1963, dan pada awalnya dinamakan Sekolah Pendidikan Universiti Malaya. Sekolah
                Pendidikan  Universiti Malaya dibentuk untuk  menawarkan Diploma  Pendidikan,  satu program pasca ijazah, bagi  siswazah  yang
                memilih profesion perguruan. Sekolah Pendidikan berkembang dengan amat pesat dan dinaikkan taraf kepada status fakulti pada
                bulan Julai 1965. Program Sarjana Pendidikan telah ditawarkan untuk julung kalinya selepas dua tahun kemudian, diikuti dengan
                penawaran program Doktor Falsafah pada tahun 1969.
                    The University of Malaya, the first local university, was established in 1905 to meet the higher education needs of the country. The faculty of
                Education was founded in 1963, and was initially named the School of Education. The School of Education offered the postgraduate Diploma in
                Education to graduates who chose to enter the teaching profession. The school expanded rapidly and was upgraded to the status of faculty in July
                1965. The  Masters of Education (M.Ed) programme was  introduced for the first  time two years later and this was  followed by the  Doctor of
                Philosophy (Ph.D) programme in 1969.

                    Sejak penubuhannya, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya telah berjaya melahirkan hampir 20,000 siswazah, iaitu lebih daripada
                15,000 pemegang Diploma Pendidikan, lebih daripada 2,282 graduan Sarjana, dan kira-kira 3,500 dengan ijazah dasar pendidikan.
                    Since its establishment, the Faculty of Education has successfully trained almost 20,000 graduates. From among them, more than 15,000 have
                graduated with the Diploma in Education, more than 2,282 with a Master degree and about 3,500 with a Bachelor in Education degree.

                                                ilai-Nilai Teras Universiti Malaya adalah:
                                                 Core Values of the University of Malaya is
                                        Integriti                           Profesionalisme
                                        Integrity                            Professionalism
                                        Hormat                                Meritokrasi
                                        Respect                               Meritocracy
                                   Kebebasan Akademik                  Semangat Kerja Berpasukan
                                     Academic Freedom                         Teamwork
                                    Berfikiran Terbuka                        Kreativiti
                                     Open-Mindedness                           Creativity
                                  Kebertanggungjawaban                   Tanggungjawab sosial
                                      Accountability                       Social Responsibility

                Untuk mencapai wawasan ini, Fakulti telah mengenal pasti objektif yang berikut.
                To achieve this mission, the Faculty has identified the following general objectives:

                   Untuk menghasilkan guru yang cekap bagi sekolah dan institusi pendidikan lain.
                    To produce competent teachers for schools and other educational institutions.

                   Untuk menghasilkan pakar dalam semua bidang pendidikan dan pembangunan manusia.
                    To produce experts in all areas of education and human development.

                   Menjadi pusat pengajian pasca ijazah dan pembangunan manusia.
                    To become a postgraduate centre in education and human development.

                   Menjadi pusat inovasi, penyelidikan asas dan aplikasinya dalam semua bidang pendidikan dan pembangunan manusia.
                    To become a centre of innovation in basic and applied research in all areas of education and human development.

                   Menjadi pusat latihan dan perundingan dalam bidang pendidikan dan pembelajaran untuk  organisasi dan institusi.
                    To become the centre of training and consultation in the field of education for organizations and institutions.

                    Fakulti  Pendidikan  menerima pakai peranan proaktif dalam usaha  memenuhi era perubahan yang  berterusan  dalam bidang
                pendidikan.  Ini  termasuk  penyemakan dan penelitian  semula program  dan  kursus, penyemakan  kurikulum dan instruksi  untuk
                memasukkan, jika perlu, perubahan-perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan.
                    The Faculty is proactive in keeping pace with the ever-changing demands in the field of education. This includes the reappraisal of programmes
                and courses, curriculum revisions and departmental restructuring to accommodate new changes when necessary.

                    Pada  tahun 1970, pada dasarnya,  struktur Fakulti  Pendidikan adalah  terdiri daripada  lima bahagian yang berbeza.
                Bagaimanapun, oleh sebab perkembangan baru dan anjakan paradigma dalam sistem pendidikan, Fakulti Pendidikan telah melalui
                satu siri penstrukturan dan pembentukan semula organisasinya bagi membolehkan Fakulti ini memenuhi hasrat visi dan objektifnya.
                Pembentukan struktur organisasi terbaru Fakulti Pendidikan telah dilaksanakan pada tahun 2001 apabila jabatan-jabatan yang berikut
                ditubuhkan.
                    In 1970, the structure of the Faculty comprised five divisions. However, because of new developments and paradigm shifts in the educational
                system, the Faculty had a series of restructuring and reorganisation exercises to enable the Faculty to realise its vision and objectives. The latest
                organisational restructuring was carried out in 2001 resulting in the formation of the following departments.

                                                                                                           7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12