Page 9 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 9

Fakulti Pendidikan telah memulakan usaha ke arah misinya untuk menjadikan Fakulti ini sebagai satu pusat pendidikan
                ijazah tinggi dalam bidang pendidikan yang membawa kepada penganugerahan ijazah sarjana dan doktor falsafah. Fakulti berhasrat
                untuk mengeluarkan pendidik berijazah tinggi bagi memenuhi permintaan sistem pendidikan yang dinamik. Dengan kekuatan semasa
                kakitangan akademik, yang hampir kepada 100 orang, berbanding dengan jumlah staf yang tidak seberapa, iaitu hanya lima orang,
                pada tahun  1963, tidaklah menghairankan  bahawa Fakulti  mempunyai sekumpulan  pakar berbakat yang boleh  memberikan
                sumbangan yang lebih besar kepada perkembangan dalam bidang pendidikan.
                       The Faculty of Education has embarked on a mission to enhance its role as a centre for higher degrees in education. The Faculty aims to
                produce more postgraduate educators to meet the demands of a dynamic education system. With the present academic staff strength of nearly 100
                members  compared to only five  in  1963, the Faculty can  proudly  claim  to  have a  pool of  talented expertise with the  ability to  make greater
                contributions to development in the field of education.

                       Fakulti Pendidikan mempunyai jumlah terbesar pelajar ijazah tinggi untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana dan doktor
                falsafah di Universiti Malaya. Di antara calon, yang terdiri daripada rakyat Malaysia, terdapat calon ijazah tinggi dari luar negara
                seperti Libya, Thailand, Brunei, Fiji, Sri Lanka, Cook Island, Samoa, China, Afrika, dan lain-lain. Dengan kehadiran pelajar dari luar
                negara, pendedahan dan latihan menjadi lebih luas apabila setiap pelajar dapat berkongsi pandangan dan pengalaman lepas.
                       The Faculty of Education has the largest number of postgraduate students pursuing either the Master or PhD degrees at the University of
                Malaya. While most of these graduate students are Malaysians, there are also postgraduate students who come from foreign countries like Algeria,
                Libya, Thailand, Brunei, Fiji, Sri Lanka, the Cook Islands, Samoa, China, various African and other countries. With the presence of international
                students, the exposure and training received is enriching as students are able to share their diverse experiences and views.

                Fakulti Pendidikan menawarkan pelbagai pilihan dalam bidang pengajian untuk ijazah Sarjana Pendidikan. Di antaranya ialah bidang:
                The Faculty of Education offers many areas of study for the Master of Education degree. These include:

                       1.   Perkembangan Kurikulum
                             Curriculum Development
                       2.   Perancangan dan Pentadbiran
                             Planning and Administration
                       3.   Pendidikan Jasmani
                             Physical Education
                       4.   Pendidikan Kesihatan
                             Health Education
                       5.   Psikologi Pengajaran
                             Education Psychology
                       6.   Pengukuran dan Penilaian
                             Measurement and Evaluation
                       7.   Pendidikan Khas
                             Special Education
                       8.   Pendidikan Bahasa
                             Language Education
                       9.   Pendidikan Bahasa Arab
                             Arabic Language Education
                       10.   Pendidikan Bahasa Inggeris
                             English LanguageEducation
                       11.   Pendidikan Sains
                             Science Education
                       12.   Pendidikan Matematik
                             Mathematics Education
                       13.   Pendidikan Sains Sosial
                             Social Science Education
                       14.   Sosiologi Pendidikan
                             Sociology of Education
                       15.   Pendidikan Islam
                             Islamic Education
                       16.   Pendidikan Nilai
                             Values Education
                       17.   Pendidikan Seni
                             Arts Education
                       18.   Falsafah Pendidikan
                             Philosophy of Education
                       19.   Dan pengajian-pengajian bidang lain yang mungkin ditawarkan dari semasa ke semasa
                             Other areas of study which may be offered from time to time


                Di samping program Sarjana Pendidikan di atas, Fakulti juga menawarkan beberapa program profesional. Di antaranya ialah:
                Besides the Master of Education programme, the Faculty also offers the following postgraduate programmes:

                                                                                                           9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14