Page 8 - Microsoft Word - BUKU PANDUAN PhD 2016.doc
P. 8

   Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan
                    Department of Educational Foundations and Humanities
                   Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling
                    Department of Educational Psychology and Counselling
                   Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan
                    Department of Educational Management, Planning and Policy
                   Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi
                    Department of Language and Literacy Education
                   Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains
                    Department of Mathematics and Science Education
                   Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran
                    Department of Curriculum and Instructional Technology

                    Di samping menawarkan kursus-kursus peringkat ijazah tinggi,  sejak  permulaan  penubuhannya, Fakulti Pendidikan  terlibat
                dalam beberapa program ijazah dasar. Salah satu daripada program ini ialah program Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
                Program ini dimulakan bersama dengan Fakulti Sains Universiti Malaya pada tahun 1975 bagi memenuhi permintaan yang tinggi
                untuk guru-guru sains dan matematik bagi peringkat sekolah menengah atas. Selain itu, program ijazah Sarjana Muda Pendidikan
                Islam juga telah diperkenalkan pada tahun 1982. Kursus ini ditawarkan dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
                bagi menyediakan guru-guru untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah.
                    Besides offering courses at the postgraduate level since its inception, the Faculty also conducts undergraduate programmes. Among these
                programmes is the Bachelor of Science with Education (B.Sc.Ed.). The programme was initiated jointly with the Faculty of Science in 1975, to meet
                the great demand for science and mathematics teachers at the upper secondary level. Another programme is the Bachelor of Islamic Education (B.
                Islamic Ed.) which was introduced in 1982. This course is conducted jointly with the Academy of Islamic Studies, University of Malaya, to prepare
                teachers to teach Islamic Studies in schools.


                    Pada tahun 1980, Fakulti Pendidikan mula menawarkan program ijazah dasarnya sendiri, iaitu Sarjana Muda Pendidikan Bahasa
                Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (PBISBK). Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Fakulti Bahasa dan Linguistik, dan Fakulti
                Sastera dan Sains Sosial. Satu program ijazah dasar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak ditawarkan buat pertama kalinya pada
                tahun 1998 dan  diikuti dengan satu lagi  program  ijazah dasar yang membawa kepada penganugerahan ijazah  Sarjana Muda
                Kaunseling in 1997.  Program Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Tamil) ditawarkan pada tahun 2000 dan pengambilan
                kumpulan pelajar terakhir bagi program tersebut ialah pada tahun 2004.  Pada tahun 2004, Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran
                Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) Pendidikan Rendah telah ditawarkan.
                    In 1980, the Faculty started its own undergraduate programme the Bachelor of Education in the Teaching of English as a Second Language (B.
                Ed. TESL).  The programme is being run in collaboration with the Faculty of Languages and Linguistics and the Faculty of Arts and Social Sciences.
                Other degree programmes offered by the Faculty include the Bachelor of Early Childhood Education which commenced in 1998 followed by the
                Bachelor of Counselling in 1997. An undergraduate program in Early Childhood Education was offered for the first time in 1998 and followed with
                another undergraduate program leading to the Bachelor of Counselling. Bachelor of Education (Teaching of Tamil Language) was offered in 2000
                with the  last intake for the  programme being  in  2004. In  2004,  the Bachelor  of Education (Teaching English  as  a Second Language) Primary
                Education was offered.Besides the above programmes, the Faculty is also involved in joint programmes with other faculties. Other programmes are
                the Bachelor of Education (Teaching of Tamil) conducted jointly with the Faculty of Arts and Social Sciences and the Bachelor of Language and
                Linguistics with Education (Chinese) conducted jointly with the Faculty of Languages and Linguistics.

                Pada masa ini program sarjana muda yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan adalah seperti berikut:
                Currently the Faculty offers the following undergraduate programmes:

                    1.  Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)
                       Bachelor of Education (TESL)

                    2.  Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak
                       Bachelor of Early Childhood Education
                    3.  Sarjana Muda Kaunseling
                       Bachelor of Counselling

                    Peranan Fakulti Pendidikan tidak terhad kepada pendidikan guru sahaja. Setiap ahli Fakulti mempunyai kepakaran tersendiri
                dalam bidang pendidikan, dan kebanyakan ahli akademik di Fakulti ini berkhidmat sebagai penasihat atau pakar runding kepada
                Kementerian Pendidikan Malaysia  dan  berbagai-bagai organisasi.  Setengah-setengah daripada mereka  bertugas  rapat  dengan
                agensi-agensi antarabangsa termasuk Bank Dunia, UNESCO, UNICEF, IBRD, RECSAM, dan RELC. Semua staf Fakulti ini terlibat
                secara aktif  dalam penyelidikan, dan sejumlah besar kertas kerja dan artikel telah diterbitkan di kedua-dua peringkat, tempatan dan
                antarabangsa. Kebanyakan geran penyelidikan ditaja oleh Universiti Malaya atau agensi dalam dan luar negara.
                    The Faculty’s role is not limited to teacher education. Each Faculty member has his/her own area of expertise in a particular field of education
                and many serve as advisers or consultants to the Ministry of Education and various organisations. Some members of the Faculty work closely with
                overseas and international agencies including the World Bank, UNESCO, UNICEF, IBRD, RESCAM and RELC. All academic staff members are
                actively involved in research and numerous papers and articles have been published in both local and international journals. Research by faculty
                members is largely sponsored by grants from the University or agencies from within and outside the country.


                                                                                                           8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13