Page 28 - Propektus Program Ijazah Dasar Sesi 20142015
P. 28

5)   Berkomunikasi  dengan  berkesan,  bekerja  dalam  pasukan  dan  mempunyai  kemahiran  kepimpinan  dalam
                 menterjemah, merangka, menyampai dan menilai projek kaunseling.
                 Communicate  effectively,  work  in  teams  and  possess  leadership  skills  in  translating,  designing,  delivering  and  evaluating
                 counseling projects.

            6)   Menggunakan  kemahiran  saintifik  untuk  menganalisis  isu  kritikal  dalam  usaha  mencari  penyelesaian  kepada
                 masalah dalam bidang piskologi kaunseling.
                 Use scientific skills to analyze critical issues in an effort to find solutions to problems in the field of counseling psychology.

            7)   Menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari sebagai asas untuk meningkatkan lagi kemahiran
                 dan keperluan ke arah pembelajaran sepanjang hayat.
                 Use knowledge and skills learned as a basis to improve skills and requirements towards lifelong learning.

            8)   Menjadi seorang kaunselor yang bertauliah  yang mampu berperanan sebagai penasihat, pakar runding, pakar rujuk
                 dalam sesebuah agensi perundingan yang sedia ada sebagai persediaan untuk kemahiran keusahawanan dalam
                 konteks kaunseling.
                 Become qualified counselors who are able to act as  advisers, consultants, and specialists in existing consultating agencies in
                 preparation for entrepreneurial skills in the context of counseling

            4.   SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENGURUSAN PENDIDIKAN)
                 BACHELOR OF EDUCATION (EDUCATION MANAGEMENT)

                 Program  ijazah  Sarjana  Muda  Pendidikan  (Pengurusan  Pendidikan)  merupakan  program  Program  Khas
            Pensiswazahan Guru Besar yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Institut Aminudin Baki. Ini adalah
            program  “top-down”  Kementerian  Pelajaran  Malaysia  melalui  Kementerian  Pengajian  Tinggi  kepada  semua  universiti
            termasuk Universiti Malaya. Program ini dibentuk untuk melatih pengurus dan pentadbir sekolah seperti guru-guru besar,
            penolong-penolong  kanan  dan  guru-guru  kanan  mata  pelajaran  yang  layak  untuk  dilantik  sebagai  Guru  Besar  bagi
            memenuhi  keperluan  Kementerian  Pelajaran  Malaysia,  khususnya  untuk  menjadikan sekurang-kurangnya  50%  daripada
            jawatan  Guru  Besar  di  sekolah  rendah  disandang  oleh  pemegang  Ijazah  Sarjana  Muda  Pendidikan  (Pengurusan
            Pendidikan) pada tahun 2010.

            Kumpulan pertama pelajar seramai 30 orang telah mula mengikuti program ini pada sesi 2007/2008.

            Hasil Pembelajaran Program
            Learning Outcomes of the Programme :

            1)   Menunjukkan  kefahaman  dan  penguasaan  ilmu  pengetahuan  merangkumi  teori  dan  amalan  dalam  bidang
                 organisasi dan pengurusan pendidikan.

            2)   Mempamerkan kemahiran merancang, mengelola, memimpin dan mengawal organisasi dan pengurusan sesebuah
                 institusi pendidikan;

            3)   Menguasai kemahiran mengumpul, mengurus dan menganalisis data;

            4)   Mengaplikasi dan mengintegrasi teknologi dalam pengurusan institusi pendidikan dengan cekap dan berkesan;

            5)   Mengimplementasi polisi dan perundangan dalam pembangunan sistem pendidikan;

            6)   Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan menggunakan pemikiran kritis dan kreatif;

            7)   Mengamalkan hubungan baik, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan untuk mencapai objektif organisasi;

            8)   Mengamalkan akauntabiliti dan tanggungjawab sosial;

            9)   Mengamalkan nilai dan etika professional dalam pengurusan pendidikan.







                                                                                         23
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33