Page 130 - Handbook Undergraduate 2015 2016
P. 130

PSET3106 – PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN MORAL (3 Jam Kredit)
                     APPROACHES IN TEACHING AND LEARNING MORAL EDUCATION (3 Credit Hours)

            Sinopsis/Synopsis:

            Kursus ini bertujuan untuk membolehkan pelajar mengkaji pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran
            dalam pendidikan moral supaya membolehkan mereka menjadi guru pendidikan moral yang berkesan .Topik perbincangan
            akan meliputi pendekatan seperti pemupukan nilai, analisis nilai, perkembangan rasional, pendekatan caring, pembelajaran
            kooperatif dan lain-lain. Di samping itu, tumpuan juga akan diberikan kepada penyediaan bahan dan pengendalian pelbagai
            teknik serta  aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti permainan dan simulasi, perbincangan moral, lakonan,
            pengintegrasian ICT dan lain-lain yang boleh merangsang pembelajaran pendidikan moral di bilik darjah.

            This course enables students to study the various teaching and learning approaches and strategies in moral education so as to enable them
            to be effective teachers. Topics of discussion will include approaches on inculcation of values, value analysis, caring, cooperative and active
            learning. In addition, the focus will also be given to the preparation of materials and the management of different techniques as well as
            teaching and learning activities such as games and simulation, moral discussions, role-playing, ICT integration and others that will simulate
            the learning of moral education in the classroom.

            Kaedah Penilaian  : Kerja Kursus -  60%,  Ujian Kelas -  40%
            Assessment Method  : Assignment        Test

            Bahasa Pengantar  : Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
            Medium of Instruction  : Malay Language and English Language

            Rujukan Utama/Main References :

            Kementerian Pendidikan Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSM (Semakan).
            Nucci, L.P. & Narváez, D. (2008). Handbook of moral and character education. New York: Routledge
            Wan Hasmah Wan Mamat & Nur Munirah Teoh Abdullah (2013). Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
                           Pustaka

            PSET4206 – PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN MORAL (3 Jam Kredit)
                     MICRO TEACHING IN MORAL EDUCATION (3 Credit Hours)

            Sinopsis/Synopsis:

            Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang amalan dan prinsip pengajaran pendidikan moral mengikut
            tahap pembelajaran yang berbeza. Tumpuan kursus kepada perancangan, pelaksanaan dan penilaian serta pengurusan
            pengajaran dan pembelajaran dan bahan-bahan yang dikenal pasti sesuai. Antara perkara yang juga diberi penekanan ialah
            kesukaran memahami nilai, kesesuaian, kaedah pengajaran dan perbezaan-perbezaan dalaman  pembelajaran murid.
            Kursus ini akan dijalankan melalui pengajaran mikro.

            This course exposes students to the practices and principles of teaching moral education for different levels of learning. The course will
            focus on planning, executing, evaluating and managing teaching and learning as well as materials that are identified to be appropriate.
            Among the topics that will be emphasised are problems in understanding values, appropriate teaching methods and differences in students’
            learning. This course will be conducted via micro teaching.

            Kaedah Penilaian  : Kerja Kursus -  100%
            Assessment Method  : Assignment

            Bahasa Pengantar  : Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
            Medium of Instruction  : Malay Language and English Language

            Rujukan Utama/Main References :

            Donald C. Orlich, Robert J. Harder, Richard C. Callahan (2012) Teaching Strategies: A Guide to Effective Instruction. 10th
                          ed. Boston: Houghton Mifflin Co
            Kementerian Pendidikan Malaysia.(2000). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSM (Semakan).
            Nikolic, V. (2000). Am I teaching well? Self-evaluation strategies for effective teachers. Toronto:Pippin


                                                                                        100
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135