Page 11 - Handbook Undergraduate 2017 2018
P. 11

Faculty of Arts and Social Sciences and the Bachelor of Language and Linguistics with Education (Chinese) conducted jointly with the
            Faculty of Languages and Linguistics.

            Pada masa ini program sarjana muda yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan adalah seperti berikut:
            Currently the Faculty offers the following undergraduate programmes:

               1.   Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua
                   Bachelor of Education Teaching English as a Second Language

               2.   Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak
                   Bachelor of Early Childhood Education

               3.   Sarjana Muda Kaunseling
                   Bachelor of Counseling

               Peranan Fakulti Pendidikan tidak terhad kepada pendidikan guru sahaja. Setiap ahli Fakulti mempunyai kepakaran
            tersendiri dalam bidang pendidikan, dan kebanyakan ahli akademik di Fakulti ini berkhidmat sebagai penasihat atau pakar
            runding  kepada  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  dan  berbagai-bagai  organisasi.  Setengah-setengah  daripada  mereka
            bertugas rapat dengan agensi-agensi antarabangsa termasuk Bank Dunia, UNESCO, UNICEF, IBRD, RECSAM, dan RELC.
            Semua staf Fakulti ini terlibat secara aktif  dalam penyelidikan, dan sejumlah besar kertas kerja dan artikel telah diterbitkan
            di kedua-dua peringkat, tempatan dan antarabangsa. Kebanyakan geran penyelidikan ditaja oleh Universiti Malaya atau
            agensi dalam dan luar negara.
               The Faculty’s role is not limited to teacher education. Each Faculty member has his/her own area of expertise in a particular field of
            education and many serve as advisers or consultants to the Ministry of Education and various organisations. Some members of the Faculty
            work  closely  with  overseas  and  international  agencies  including  the  World  Bank,  UNESCO,  UNICEF,  IBRD,  RESCAM  and  RELC.  All
            academic  staff  members  are  actively  involved  in  research  and  numerous  papers  and  articles  have  been  published  in  both  local  and
            international journals. Research by faculty members is largely sponsored by grants from the University or agencies from within and outside
            the country.

                   Fakulti  Pendidikan  telah  memulakan  usaha  ke  arah  misinya  untuk  menjadikan  Fakulti  ini  sebagai  satu  pusat
            pendidikan  ijazah  tinggi  dalam  bidang  pendidikan  yang  membawa  kepada  penganugerahan  ijazah  sarjana  dan  doktor
            falsafah. Fakulti berhasrat untuk mengeluarkan pendidik berijazah tinggi bagi memenuhi permintaan sistem pendidikan yang
            dinamik. Dengan kekuatan semasa kakitangan akademik, yang hampir kepada 100 orang, berbanding dengan jumlah staf
            yang  tidak  seberapa,  iaitu  hanya  lima  orang,  pada  tahun  1963,  tidaklah  menghairankan  bahawa  Fakulti  mempunyai
            sekumpulan pakar berbakat yang boleh memberikan sumbangan yang lebih besar kepada perkembangan dalam bidang
            pendidikan.
                   The Faculty of Education has embarked on a mission to enhance its role as a centre for higher degrees in education. The
            Faculty aims to produce more postgraduate educators to meet the demands of a dynamic education system. With the present academic staff
            strength of nearly 100 members compared to only five in 1963, the Faculty can proudly claim to have a pool of talented expertise with the
            ability to make greater contributions to development in the field of education.

                   Fakulti Pendidikan mempunyai jumlah terbesar pelajar ijazah tinggi untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana dan
            doktor falsafah di Universiti Malaya. Di antara calon, yang terdiri daripada rakyat Malaysia, terdapat calon ijazah tinggi dari
            luar  negara  seperti  Libya,  Thailand,  Brunei,  Fiji,  Sri  Lanka,  Cook  Island,  Samoa,  China,  Afrika,  dan  lain-lain.  Dengan
            kehadiran  pelajar  dari  luar  negara,  pendedahan  dan  latihan  menjadi  lebih  luas  apabila  setiap  pelajar  dapat  berkongsi
            pandangan dan pengalaman lepas.
                   The Faculty of Education has one of the largest number of postgraduate students pursuing either the Master or PhD degrees at
            the University of Malaya. While most of these graduate students are Malaysians, there are also postgraduate students who come from
            foreign countries like Indonesia, Iran, Iraq, Algeria, Libya, Thailand, Brunei, Fiji, Sri Lanka, the Cook Islands, Samoa, China and several
            African countries. With the presence of international students, the exposure and training received is enriching as students are able to share
            their diverse experiences and views.

            Fakulti Pendidikan menawarkan pelbagai pilihan dalam bidang pengajian untuk ijazah Sarjana Pendidikan.  Di antaranya
            ialah bidang:
            The Faculty of Education offers many fields of study for the Master of Education degree. These include:

               1.       Perkembangan Kurikulum
                         Curriculum Development

               2.       Perancangan dan Pentadbiran
                         Planning and Administration

                                                                                         9
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16