Page 7 - Handbook Undergraduate 2017 2018
P. 7

MAKLUMAT AM
                                             GENERAL INFORMATION

                                               UNIVERSITI MALAYA
                                              (UNIVERSITY OF MALAYA)

               Universiti Malaya (UM) merupakan universiti pertama yang ditubuhkan di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada 8
            Oktober  1949  dari  gabungan  King  Edward  VII  College  of  Medicine  (1905)  dan  Raffles  College  (1928).  Penubuhannya
            menjadi  pemacu  kepada  kemajuan  pendidikan  di  Tanah  Melayu  pada  ketika  itu  sehingga  tertubuhnya  dua  cawangan
            autonomi yang terletak di Singapura dan Kuala Lumpur pada tahun 1956. Dalam usaha memperkukuhkan pendidikan tinggi
            di kedua-dua negeri, status universiti cawangan perlu dinaik taraf kepada universiti kebangsaan. Oleh itu, Akta Parlimen
            1961 telah diluluskan dan secara rasminya Universiti Malaya di Kuala Lumpur telah diiktiraf serta mengangkat martabat
            kepada universiti kebangsaan pada 1 Janujari 1962. Sejak itu, Malaysia (Gabungan dengan Singapura, Sabah dan Sarawak
            pada 1963) melalui pelbagai proses transformasi dalam dunia pendidikan. Selaras dengan ini Universiti Malaya terus melipat
            gandakan  usahanya  untuk  menjadi  sebuah  institusi  pengajian  tinggi  yang  ternama  di  peringkat  antarabangsa  dalam
            penyelidikan, inovasi, penerbitan dan pengajaran.
               The University of Malaya (UM) was the first university established in Malaya on 8  October 1949 with the merger of the King Edward
                                                               th
            VII College of Medicine (established in 1905) and the Raffles College (established in 1928). Its establishment accelerated the advancement
            of education in Malaya and led to the founding of two autonomous branches in Singapore and Kuala Lumpur in 1956.  In order to enhance
            higher education in both countries, there was a need to upgrade the branches to national university status. Thus, with the passing of the
            Parliament Act in 1961, the University of Malaya, Kuala Lumpur was officially recognized as a national university on 1  January 1962. Since
                                                                                st
            then, Malaysia (Joining of Singapore, Sabah and Sarawak in 1963) has undergone a myriad of educational transformations. In line with this,
            the University of Malaya has continually stepped up efforts of becoming an internationally renowned institution of higher learning in research,
            innovation, publication and teaching.

               Bagi menjayakan wawasan murni ini, Universiti Malaya disokong oleh hospital penyelidikan terbesar dan pertama di
            Malaysia iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dua akademi, dua belas fakulti, empat institut dan tiga pusat
            akademik  yang  bersifat  menyeluruh  merangkumi  bidang  perubatan,  sains,  teknologi  serta  sains  sosial  dan  sains
            kemasyarakatan.  Selain  daripada  itu,  dalam  usaha  menyumbang  kepada  perkembangan  ilmu,  Universiti  Malaya  telah
            mewujudkan enam Kluster Penyelidikan. Penubuhan kluster ini menawarkan penyelesaian dan penemuan terbaharu dalam
            pelbagai bidang. Penekanan terhadap bidang penyelidikan diperkukuhkan dengan tertubuhnya pusat-pusat kecemerlangan
            di pelbagai pusat pengajian. Pada 11 Oktober 2006, Universiti Malaya telah diiktiraf oleh Jemaah Menteri sebagai salah satu
            dari lima universiti awam sebagai universiti penyelidikan. Pada 26 Januari 2012 pula, Universiti Malaya telah diberikan status
            autonomi  oleh  Kementerian  Pengajian  Tinggi  (kini  dikenali  Kementerian  Pendidikan  Tinggi).  Di  atas  kejayaan  Universiti
            Malaya dalam pengurusan penyelidikan, proses audit Malaysian Research Assessment Instrument II (MyRA II), Kementerian
            Pendidikan Tinggi ke atas Universiti Penyelidikan telah meletakkan Universiti Malaya sebagai ‘the Best Research University
            in Malaysia with the Highest Marks’ pada 1 Disember 2013.
               To achieve this vision, the University of Malaya is supported by the University of Malaya Medical Centre (UMMC), the biggest and the
            first  research  teaching  hospital  in  Malaysia,  two  academies,  twelve  faculties,  four  institutes  and  three  centers  that  comprehensively
            encompass  medicine,  science,  technology,  the  social  sciences  and  the  humanities.  In  addition,  six  research  clusters  have  also  been
            established to place the University at the forefront of new knowledge and discoveries. Furthermore, the University of Malaya continues to
                                                                  th
            place heavy emphasis on research through the establishment of centers of excellence. On 11  October 2006, the University of Malaya was
            recognized by the Ministers’ Council as a research university among the five public universities. On 26   January 2012, the University of
                                                                         th
            Malaya was granted autonomy status by the Ministry of Education (now known as the Ministry of Higher Education). The success of the
            University of Malaya in research management, was captured through the audit process based upon the Malaysian Research Assessment
            Instrument II (MyRA II) by the Ministry of Higher Education.  The University of Malaya was found to be the ‘Best Research University in
            Malaysia with the Highest Marks' on 1 December 2013.

               Dengan  menjadikan  aspirasi  nasional  sebagai  pegangan,  Universiti  Malaya  terus  memperkukuhkan  kedudukannya
            dalam dunia akademik di peringkat nasional mahupun antarabangsa. UM berada pada kedudukan ke-114 di dunia bagi QS
            World University Ranking 2018 dan di tangga ke-27 bagi QS Asian University Rankings 2016. UM juga merupakan satu-
            satunya universiti di Malaysia yang tersenarai dalam kalangan 400 universiti terbaik dunia  (Academic Ranking of World
            Universities) oleh Shanghai Jiao Tong, China. Pencapaian ini menobatkan Universiti Malaya sebagai universiti terbaik di
            Malaysia.  Pada  6  Mei  2014,  Universiti  Malaya  menerima  pengiktirafan  di  peringkat  antarabangsa  sebagai  satu-satunya
            institusi pengajian tinggi di Malaysia yang mendapat penarafan 5 bintang oleh QS Stars Ratings. Universiti Malaya juga telah
            diiktiraf  sebagai  Universiti  Pilihan  oleh  Reader’s  Digest  Trusted  Brand  selama  10  tahun  berturut-turut  sejak  tahun  2007
            hingga 2016. Dengan rekod tersebut, UM telah dianugerahkan Anugerah Platinum dalam Kategori Universiti Awam pada 27
            Mei  2014.  Pengajaran,  penyelidikan,  penerbitan,  inovasi  dan  komersialisasi  menjadi  tunjang  usaha  Universiti  Malaya
            menyumbang kepada dunia akademik dan masyarakat.
               With the nation’s aspirations as its guide, the University of Malaya continues to strengthen its status in the academic world, both within
            the country and internationally. It has been ranked 114  in the 2018 QS World University Ranking and 27  in the 2016 QS Asian University
                                                                          th
                                            th
            Ranking. The University of Malaya is also the only university in Malaysia listed in the top 500 Academic Ranking of World Universities by
                                                                                         5
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12