Page 5 - Handbook Undergraduate 2017 2018
P. 5

KATA ALUAN DEKAN
                                              DEAN’S MESSAGE






                             Dengan  rasa  bangga  dan  besar  hati  saya  ingin  mengalu-alukan  kedatangan  semua  pelajar
                             baharu bagi sesi Tahun Akademik 2017/2018. Tahniah dan terima kasih kerana memilih Fakulti
                             Pendidikan, Universiti Malaya sebagai pilihan utama untuk melanjutkan pelajaran. Fakulti yang
                             terulung ini bukan sahaja telah mencipta nama di peringkat nasional bahkan juga di peringkat
                             antarabangsa.
                             It is my pleasure and honour to welcome all new students to the 2017/2018 Academic Year. Congratulations
                             and    thank  you  for  making  the  Faculty  of  Education,  University  of  Malaya  your  preferred  choice.  This

                             established Faculty has made its mark not only nationally but also internationally.

            Seiring  dengan  pencapaian  Universiti  Malaya,  Fakulti  Pendidikan  juga  telah  berjaya  meningkatkan  tarafnya  dengan
            tersenarai sebagai salah satu daripada 100 Fakulti Pendidikan terbaik di dunia. Pencapaian ini tidak tiba dalam sekelip mata
            tetapi adalah berasaskan daya usaha dan keprihatinan daripada setiap ahli fakulti serta para pelajar. Dengan usia lebih 50
            tahun, Fakulti Pendidikan terus unggul dengan kejayaan menghasilkan kira-kira 20,000 graduan cemerlang.
            In line with the achievement of the University of Malaya, Faculty of Education has also been able to raise its standards to become one of the
            top 100 education faculties in the world. This success did not happen overnight but is based on years of toil by faculty members and
            students. Being more than 50 years of age, the faculty has continued to perform, and has succeeded in producing more than 20 000
            outstanding graduates.

            Program  ijazah  yang  ditawarkan  oleh  fakulti  bukan  hanya  menyediakan  pelajar  dengan  ilmu  intelektual  dan  kemahiran
            semata-mata tetapi turut menghubungkan teori dan amalan bagi mempersiapkan pelajar untuk menempuh alam pekerjaan.
            Sehingga kini, graduan kami tidak hanya menyerlah dalam industri tempatan malah turut menyinar di persada antarabangsa.
            Our degree programmes do not only provide students with knowledge and skills, but also develop them to link theory to practice for better
            preparation for the workforce. To date, our graduates shine and are successful in the local as well as international industries.

            Dalam  kami  berbangga  dengan  kejayaan  ini,  Fakulti  Pendidikan  sentiasa  peka  terhadap  cabaran-cabaran  baharu  yang
            dihadapi  oleh  negara  dan  juga  arena  pendidikan.  Justeru,  Fakulti  Pendidikan  sentiasa  mengambil  langkah-langkah
            sewajarnya  dalam  menghasilkan  graduan  yang  berupaya  menjadi  pemikir  dan  menyumbang  kepada  idea-idea  baharu
            seterusnya mampu menyumbang dalam bidang penyelidikan masa kini.
            As much as we take pride in such successes, the Faculty understands it needs to consider the latest challenges. Hence the Faculty has
            taken appropriate steps to educate and acculturate our new graduates into becoming thinking individuals who can contribute new ideas and
            are capable of carrying out cutting-edge research in the field of education.

            Untuk  memastikan  kecemerlangan  yang  mapan,  misi  dan  visi  fakulti  haruslah  didukung  ke  arah  hala  tuju  yang  hendak
            dicapai. Perancangan disusun dengan teliti untuk generasi akan datang.
            To ensure sustained excellence, planning is done with utmost care for the future generation and the university and faculty’s mission and
            vision will be uphold and directed at achieving our desired goals.

            Salam hormat dan selamat maju jaya!
            Regards and all the best for your success!



                                          ‘CEMERLANG BERSAMA UM’
                                             ‘EXCELLENCE WITH UM’




            PROFESOR DR. ROHAIDA MOHD SAAT
            PROFESSOR DR. ROHAIDA MOHD SAAT
            DEKAN/ DEAN
            FAKULTI PENDIDIKAN/ FACULTY OF EDUCATION
            UNIVERSITI MALAYA/ UNIVERSITY OF MALAYA

                                                                                         3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10