Page 5 - Buku_Panduan_Program_SME_Versi BM_Sesi_20172018
P. 5

LATARBELAKANG FAKULTI

               Bermula sebagai sebuah jabatan di Fakulti Sastera, Universiti Malaya pada tahun 1959, Fakulti
               Ekonomi  dan  Pentadbiran  (FEP) kemudiannya ditubuhkan  pada  Mei  1966  bagi memenuhi
               keperluan tenaga kerja demi pembangunan negara. Dengan permulaan 14 orang pelajar dan
               3  orang  ahli  akademik  yang  diketuai  oleh  Profesor  DiRaja  Ungku  Aziz,  kini  FEP  telah
               berkembang pesat dengan bilangan pelajar seramai 765 orang dan 48 orang ahli akademik
               yang terdiri daripada Profesor dan pensyarah yang terkenal di peringkat antarabangsa dalam
               bidang kepakaran masing-masing.

               Dengan kekuatan empat Jabatan, iaitu Jabatan Ekonomi, Jabatan Pengajian Pentadbiran dan
               Politik, Jabatan Pengajian Pembangunan dan Jabatan Statistik Gunaan, Fakulti Ekonomi dan
               Pentadbiran menawarkan program akademik di peringkat Sarjana Muda dan Pascasiswazah
               iaitu  Sarjana  Ekonomi,  Sarjana  Pentadbiran  Awam,  Sarjana  Statistik  Gunaan,  Sarjana
               Pengajian Pembangunan, Sarjana Ekonomi Secara Penyelidikan, Sarjana Pentadbiran Awam
               Secara Penyelidikan dan Doktor Falsafah.  Daripada jumlah 765 orang pelajar, seramai 409
               adalah  pelajar  di  peringkat  Sarjana  Muda  dan  selebihnya  adalah  pelajar  Pascasiswazah
               (termasuk  89  orang  pelajar  antarabangsa  yang  datang  daripada  pelbagai  negara  iaitu
               Indonesia, Iran, Iraq, China, Nigeria, Sudan, Pakistan, Myanmar, Maldives, Ghana, Jepun,
               Thailand, Afghanistan, Libya, Bangladesh, Syria, Yemen, Palestin, Arab Saudi, Jordan, Mesir,
               Amerika Syarikat, Kanada, Norway dan Somalia.

               FEP juga mentadbir Unit Pengajian Kependudukan (UPK) yang ditubuhkan pada 1979 sebagai
               sebahagian dari Projek Populasi dan Kesihatan Keluarga yang dibiayai oleh World Bank dan
               United Nations Fund for Population Activities. Penyelidikan dan latihan yang berkaitan dengan
               pengajian kependudukan dijalankan di bawah naungan UPK.

               FEP terlibat secara intensif dalam meningkatkan kecemerlangan akademik melalui Kursi Tun
               Ismail  Ali  (TIAC)  yang  ditubuhkan  pada  Ogos  2000.  Sehingga  17  Julai  2017,  6  (enam)
               pemegang  yang  dihormati,  Profesor    Ronald  Ian  McKinnon,  Dr  Yilmaz  Akyuz,  Datuk  Seri
               Panglima Andrew L. T. Sheng, Prof. Takatoshi Ito, Prof. Ajit Singh dan Prof. Dr. Thorsten Beck
               adalah penyandang yang terkini.

               Untuk memulakan dan meningkatkan penyelidikan, pengajaran dan penyebaran pengetahuan
               berasaskan bukti dalam bidang keselamatan sosial, termasuk perlindungan kewangan warga
               tua, Pusat Penyelidikan Sekuriti Sosial (SSRC) telah ditubuhkan pada Mac 2011. Kumpulan
               Wang  Simpanan  Pekerja  (KWSP)  Malaysia  telah  dengan  murah  hati  memberi  dana
               endowmen untuk penubuhan SSRC dan untuk menubuhkan Kursi Perlindungan Kewangan
               Warga Tua (OAFPC) negara yang pertama di Universiti Malaya.

               Pada November 2006, sebuah lagi kursi ditubuhkan iaitu Kursi Profesor DiRaja Ungku Aziz
               sebagai  penghargaan  terhadap  sumbangan  Profesor  DiRaja  Ungku  Aziz  dalam  bidang
               pendidikan dan ekonomi pembangunan. Bersama dengan penubuhan kursi ini, sebuah pusat
               yang dinamakan Pusat Pengajian Kemiskinan dan Pembangunan (CPDS) juga ditubuhkan di
               Fakulti ini sebagai pusat untuk kerja-kerja akademik, penyelidikan, perundingan dan bantuan
               teknikal dalam bidang kemiskinan dan pembangunan. Professor Jeffrey D. Sachs merupakan
               pemegang pertama Kursi Profesor DiRaja Ungku Aziz.

               FEP telah bekerjasama dengan Persatuan Ekonomi Malaysia dalam penerbitan jurnal bertaraf
               antarabangsa, Malaysian Journal of Economic Studies (MJES). FEP juga telah menerbitkan
               jurnal bertaraf antarabangsa iaitu International Journal of Institutions and Economies (IJIE).







                                                            4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10