Page 9 - Buku_Panduan_Program_SME_Versi BM_Sesi_20172018
P. 9

PROGRAM SARJANA MUDA EKONOMI

               OBJEKTIF

               1.  Untuk  melahirkan  graduan  cemerlang  dalam  bidang  ekonomi  dan  pentadbiran
                   dengan menyediakan pendidikan yang terkini.

               2.  Untuk diiktiraf di peringkat global sebagai program yang terkemuka dalam bidang
                   ekonomi dan pentadbiran.



               MATLAMAT PROGRAM

               Untuk  menghasilkan  graduan  cemerlang  yang  mempunyai  pengetahuan  dan
               kemahiran  dalam  bidang  ekonomi  dan  pentadbiran  serta  mempunyai  nilai  integriti,
               kemahiran  kepimpinan,  tanggung  jawab  sosial  dan  profesionalisme,  supaya  dapat
               menghadapi  persekitaran  yang  kompetitif  dan  mampu  menyumbang  kepada
               pembangunan nasional dan global.


               HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

               Di akhir program Sarjana Muda Ekonomi, graduan dapat:

               (1)  Menunjukkan  penguasaan  ilmu  yang  mencukupi  dalam  bidang  ekonomi  dan
                    pentadbiran.

               (2)  Menggunakan kemahiran praktikal dalam memproses maklumat dan menganalisis
                    isu ekonomi dan pentadbiran.

               (3)  Mempamerkan kemahiran sosial dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan
                    alam sekitar dalam melaksanakan aktiviti ekonomi.

               (4)  Mengamalkan  nilai  ekonomi  beretika,  profesionalisme  dan  berintegriti    dalam
                    pekerjaan.

               (5)  Berkomunikasi dengan berkesan, kerja berpasukan dan mempunyai kemahiran
                    kepimpinan.

               (6)  Menggunakan kemahiran saintifik dalam membuat keputusan dan menyelesaikan
                    masalah ekonomi.

               (7)  Menggunakan  kemahiran  pengurusan  maklumat  dan  berkeupayaan  untuk
                    pembelajaran sepanjang hayat.

               (8)  Menggunakan kemahiran pengurusan dan keusahawanan.






                                                            8
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14