Page 6 - Buku_Panduan_Program_SME_Versi BM_Sesi_20172018
P. 6

UNIVERSITI MALAYA
               VISI

               Untuk  menjadi  sebuah  institusi  pengajian  tinggi  yang  ternama  di  peringkat
               antarabangsa dalam penyelidikan, inovasi, penerbitan dan pengajaran.

               MISI

               Untuk  memajukan  ilmu  pengetahuan  dan  pembelajaran  melalui  pendidikan  dan
               pendidikan berkualiti untuk negara dan kemanusiaan.


               POLISI KUALITI

               Universiti  Malaya  beriltizam  untuk  melaksanakan  pengajaran  dan  pembelajaran,
               menjalankan  penyelidikan  dan  perkhidmatan  yang  berkualiti,  menjana  ilmu
               pengetahuan dan meningkatkan keilmuan melalui usaha penambahbaikan berterusan
               untuk manfaat semua pelanggan, khususnya pelajar Universiti Malaya.

               NILAI-NILAI TERAS

                 Integriti
                 Hormat
                 Kebebasan Akademik
                 Berfikiran Terbuka
                 Kebertanggungjawapan
                 Profesionalisme
                 Meritokrasi
                 Semangat Kerja Berpasukan
                 Kreativiti
                 Tanggungjawab Sosial

               OBJEKTIF KUALITI

                 Meningkatkan  pengambilan  pelajar  dalam  pelbagai  bidang  dengan  nisbah  1:1
                   antara pelajar ijazah tinggi dengan pelajar ijazah dasar.

                 Memastikan  60%  pelajar  ijazah  dasar  mendapat  PNGK  3.30  ke  atas  semasa
                   pengijazahan (kecuali pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan,
                   dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian).

                 Memastikan 15% pelajar ijazah dasar mendapat PNGK 3.7 ke atas (kecuali pelajar
                   Ijazah  Sarjana  Muda  Perubatan  dan  Pembedahan  dan  Ijazah  Sarjana  Muda
                   Pembedahan Pergigian).

                 Memastikan peratus GOT mengikut kohort dan tempoh yang dinyatakan seperti
                   berikut:
                       (i)    Sarjana Muda – tempoh minimum pengajian (85%)


                 Memastikan 30% dari kursus menggunakan ’blended learning’.

                 82% graduan bekerja 6 bulan selepas tamat pengajian, termasuk bekerja sendiri
                   (perniagaan start-up).

                                                            5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11