Page 53 - handbook 20142015
P. 53
Buku Panduan Fakulti Sains, Sesi 2014/2015
MATLAMAT PROGRAM
Menghasilkan para graduan professional yang dilengkapi dengan ketrampilan serta mahir dalam pendekatan interdisiplinari
bidang Pengajian Sains dan Teknologi serta yang memiliki aspirasi kepimpinan, kesarjanaan dan keusahawanan bagi memasuki
dunia pasca-universiti dengan lebih bermakna dan berjaya.
Misi, visi dan matlamat program Pengajian Sains dan Teknologi adalah selaras dengan visi, misi dan matlamat pendidikan
Universiti Malaya. Kesemua perancangan, pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi
adalah selari dengan misi, visi dan objektif seperti yang dinyatakan dalam keperluan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Universiti
Malaya.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Pada akhir program Sarjana Muda Sains (Pengajian Sains dan Teknologi), graduan dapat:
1. Menguasai ilmu pengetahuan yang mencukupi dalam bidang pengajian Sains dan Teknologi secara teoritikal dan praktikal
bagi membantu projek-projek dalam bidang tersebut.
2. Menggunakan kaedah praktikal dan teknikal serta perisian komputer untuk membantu menyelesaikan isu dan masalah
sains dan teknologi dalam masyarakat dan mengurus projek bagi mencapai kehendak klien dan pihak berkepentingan
dalam industri di bidang sains dan teknologi.
3. Menunjukkan daya tanggungjawab dan kemahiran sosial yang tinggi dalam memperkatakan kesan-kesan sains dan
teknologi kepada masyarakat.
4. Melaksanakan standard tertinggi dalam profesionalisme, nilai, sikap dan etika bila berdepan dengan isu dan masalah sains
dan teknologi yang memberi kesan kepada masyarakat.
5. Berkomunikasi dengan berkesan dalam mengutarakan isu dan permasalahan berkaitan sains dan teknologi kepada
pelbagai pihak berkepentingan dalam masyarakat.
6. Menggunakan kaedah saintifik dan pemikiran kritis dalam menganalisis isu dan masalah berkaitan dengan sains,
teknologi dalam masyarakat.
7. Menggunakan kemahiran pengurusan maklumat dan berupaya untuk pembelajaran sepanjang hayat melalui sikap gemar
mencari ilmu-ilmu baru berkaitan dengan perhubungan antara sains, teknologi dan masyarakat.
8. Menggunakan kemahiran keusahawanan dan pengurusan yang cekap dalam merekabentuk atau membantu mengurus
projek-projek sains dan teknologi dan mempersembahkan ide-ide kepada klien untuk memastikan keuntungan dan
penggunaan sumber yang sepenuhnya.
4