Page 162 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 162
Sinopsis Kursus Teras
Core Courses Synopsis
AIG1017
Bahasa Korea 1
Korean Language 1
Pelajar akan dapat membaca huruf konsonan dan vokal Hangul, mengenal pasti jarak perkataan dalam Hangul dan peraturan fonologi
asas yang betul. Pelajar dapat mengaitkan ungkapan tatabahasa tahap permulaan yang mudah serta dapat menggunakan ungkapan
rasmi (ucapan, terima kasih, permintaan maaf, dll.) dengan betul dalam kehidupan seharian. Selain itu, latihan ayat pendek dalam
struktur mudah mengenai kehidupan seharian juga akan diberikan kepada pelajar sebagai amalan untuk mengembangkan kemahiran
mendengar, bertutur, menulis dan membaca mereka dalam bahasa Korea.
Students will be able to read Hangul consonants and vowels, identify the word spacing of Hangul and the correct basic phonological rules.
Students will be able to relate the simple beginner level grammar expressions as well as able to use formalized expressions (greetings,
thanksgiving, apologies, etc.) correctly in daily life. Besides, exercises of short sentences in a simple structure about daily life will also be
given to the students as practice to expand their listening, speaking, writing and reading skills in Korean language.
AIG1018
Bahasa Korea 2
Korean Language 2
Pelajar akan meningkatkan kemahiran- kemahiran asas berbahasa yang merangkumi pembinaan ayat yang sederhana serta
penggunaan perbendaharaan kata serta tatabahasa yang penting untuk peringkat ini. Latihan penulisan esei pendek diberikan untuk
memastikan penguasaan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang betul dalam pelbagai bentuk dan situasi.
Students will develop basic language skills including simple sentence construction as well as vocabulary and grammar that are important
to this level. Short essay writing exercises are provided to ensure mastery of correct grammar and vocabulary in a variety of forms and
situations.
AIG2007
Hubungan Antarabangsa Asia Timur
International Relations of East Asia
Kursus ini memfokuskan hubungan antarabangsa China, Korea dan Jepun serta interaksi masing-masing dengan kuasa lain seperti
Amerika Syarikat dan Rusia semasa dan selepas Perang Dingin. Selain itu, kursus ini juga membincangkan isu-isu semasa di rantau Asia
Timur termasuk isu bilateral dan multilateral yang melibatkan negara- negara yang difokuskan. Isu-isu seperti persepsi kewilayahan
mengenai ancaman keselamatan, perluasan nuklear dan juga kesan modenisasi dan pembangunan ekonomi terhadap pembentukan
dasar luar serta strategi dan dasar untuk memelihara kedamaian, kestabilan dan keselamatan wilayah akan dipertimbangkan.
This course focuses on the relations between Japan, China and Korea as well these country’s relations with former Soviet Union/Russia and
America during and after the Cold War. Apart from that, the course also deals with bilateral and multilateral issues pertaining to the
three countries. Issues such as regional perspective of security threats, nuclear proliferation, and the impact of modernization and
economic developments on foreign policy formulations as well as strategy and policy considerations in order to maintain peace, stability
and regional security, will be considered.