Page 163 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 163
Sinopsis Kursus Teras
Core Courses Synopsis
AIG2009
Ekonomi Politik China
Political Economy of China
Kursus ini memperkenalkan struktur politik dan ekonomi China moden sejak tahun 1949. Rangka struktur-struktur ini dibina
berdasarkan fahaman Marxis-Leninis sebagai ideologi rasmi Parti Komunis China. Melalui perubahan zaman, pengubahsuaian dan
reformasi dari semasa ke semasa telah dilakukan. Pengenalan terhadap perubahan- perubahan tersebut juga dirangkumi dalam kursus
ini.
This course introduces the political and economic structures of modern China since 1949. These structures are based on Marxist-Leninist
ideology of the official Chinese Communist Party. From time to time, through the differences of eras, modifications and reforms have
taken place. These changes are also covered in this course.
AIG2016
Ekonomi Politik Jepun
Political Economy of Japan
Kursus ini akan melihat dengan mendalam hubungan parti-parti politik, kerajaan dan swasta di Jepun. Kursus ini juga mendedahkan
kepada pelajar situasi semasa politik ekonomi Jepun dengan melihat bagaimana institusi awam kerajaan seperti perkhidmatan pos
diswastakan. Begitu juga dengan pembaharuan politik Jepun tahun 1994 yang membawa kepada perubahan dalam sektor pertanian
yang sebelum ini begitu kuat mempengaruhi pembuatan keputusan kerajaan terutamanya dalam polisi pertanian. Di samping itu aspek
politik dan ekonomi antarabangsa juga tidak ditinggalkan supaya pelajar dapat melihat peranan Jepun dalam aspek politik-ekonomi
antarabangsa. Kebanyakan kuliah dan tutorial ditumpukan kepada tema-tema politik dan ekonomi Jepun moden.
This course will look deeper into the relationship between political parties, government and the private sectors in Japan. Further, it also
exposes students to the current political and economy situation of Japan by looking at how public institutions such as the postal service was
privatized. Similarly, the Japanese political reforms in 1994 that led to the changes in the agricultural sector is another example. In
addition, the international political and economic aspects are also emphasized, especially on Japanese ODA and aid. Most of the lectures
and tutorials will be devoted to themes of modern Japanese politics and economy.
AIG2022
Ekonomi Politik Korea
Political Economy of Korea
Kursus ini mengkaji pelbagai isu ekonomi politik seperti latar belakang pembahagian Korea, peranan kerajaan dalam pembangunan
ekonomi, cara pentadbiran setiap pucuk pimpinan kerajaan, proses perjuangan demokrasi, dasar-dasar ekonomi yang dijalankan dan
hubungan kerajaan dengan sektor swasta.
This course examines various political and economic issues such as the division of Korea, the role of government in economic
development, administration pattern of each political leadership, process of and struggle for democracy, economic policies
implementation and government- private sector relations.