Page 291 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 291
Sarjana Muda Pengajian Media
Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi
Bachelor of Media Studies
Department of Media and Communication Studies
Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi merupakan pusat pengajian yang terkemuka di Malaysia. UM berada di kedudukan nombor satu
di Malaysia, dalam bidang Komunikasi & Pengajian Media menurut QS World University Rankings 2021. Jabatan yang bermula pada tahun
1976 sebagai Program Penulisan Kreatif dan Deskriptif ini telah menyediakan graduan untuk kerjaya industri media selama lebih empat dekad.
Matlamat Jabatan pada tahun- tahun terawal adalah untuk melatih wartawan serta penulis kreatif. Pada 1993, program ini jabatan dinaik
taraf menjadi Jabatan dan dinamakan Jabatan Pengajian Media, yang kemudiannya memperluas penawaran kursus yang mencerminkan
pelbagai bidang dalam industri media pada tahun 1990-an. Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi melancarkan identiti baharu pada 2018
untuk mencerminkan amalan industri dan kemajuan akademik dalam disiplin berkenaan. Jabatan telah berterusan mengkaji dan
meningkatkan program akademiknya sejak tahun 1990-an dalam mempersiapkan bakat untuk mengisi landskap media yang berubah dengan
cepat. Pada masa ini program sarjana muda jabatan (Sarjana Muda Pengajian Media) menawarkan kursus termasuk kewartawanan, kajian
penerbitan, perhubungan awam, penulisan profesional, media baharu, produksi skrin dan penyiaran. Sarjana Muda dalam Pengajian Media
adalah program tiga tahun yang menggunakan format 2u2i di mana pelajar menghadiri kelas secara bersemuka dan dalam talian, melakukan
tugasan, dan menyelesaikan projek akademik selama lima semester biasa dan satu semester pendek, diikuti oleh dua semester industri latihan
magang. Program Sarjana Pengajian Media (kerja kursus sepenuhnya) yang baru diperkenalkan dan sangat popular di jabatan ini menawarkan
graduan baharu dan profesional yang bekerja dengan latihan meluas untuk landskap media masa kini. Program satu tahun ini dirancang
untuk menampung graduan baharu dan pengamal industri dengan pengetahuan dan kemahiran industri baharu untuk memenuhi cabaran
semasa dalam industri media dan komunikasi.
Program Sarjana Sastera (Pengajian Penerbitan) merupakan program utama jabatan yang menyediakan latihan khusus penerbitan kepada
pencinta buku, pengamal industri penerbitan dan profesional. Program Pengajian Penerbitan ini merangkumi pelbagai topik, daripada
mengenali dan menghargai karya yang hebat hingga memahami dan menerapkan teknologi baharu dalam industri penerbitan. Bermula pada
2022, program ini akan menawarkan struktur kurikulum jenama baharu yang memenuhi keperluan industri penerbitan abad ke-21 yang
menekankan konsep transmedia dan multidisiplin. Jabatan ini juga merupakan satu-satunya jabatan yang menggalakkan inovasi melalui
penciptaan kandungan kreatif. Dalam kes ini, kami telah menghasilkan lebih 100 hak cipta untuk kandungan kreatif yang dihasilkan oleh
pelajar prasiswazah dan pascasiswazah. Jabatan ini juga menyediakan program sarjana dan kedoktoran penyelidikan penuh selain program
berasaskan kerja kursus. Dengan hampir sedozen penyelia yang pakar dalam pelbagai bidang antara disiplin, jabatan ini adalah yang paling
popular dalam kalangan pelajar penyelidikan pascasiswazah. Di samping itu, jabatan ini telah menghasilkan alumni terkenal di Malaysia
seperti Razaisyam Rashid dan Charles Mohan. Razaisyam Rashid telah disenaraikan sebagai 10 pengarah filem muda berbakat tempatan, dan
pernah memenangi Pengarah Terbaik dalam Anugerah Skrin 2016. Charles Mohan kini merupakan CEO Institut Onn Jaafar, dan merupakan
wartawan penyiaran dan penyiar berita televisyen.
The Department of Media and Communication Studies is Malaysia’s top distinguished media and communication school. UM is ranked as
number one in Malaysia, in the field of Communication & Media Studies according to the QS World University Rankings 2021. The department
which began in 1976 as UM’s Creative and Descriptive Writing Program, has been preparing graduates for careers in the media industry for more
than four decades. The department’s goal in its early years was to train both aspiring and practising journalists, as well as creative writers. In
1993, the programme was eventually upgraded into a Department in its own right, and renamed as the Department of Media Studies, which
then expanded its course offerings to reflect the wide range of fields in the media industry of the 1990’s. The department of Media and
Communications Studies established a new identity in 2018 to reflect industry practises and academic advancements in the discipline. The
department has been continuously reviewing and improving its academic programmes since 1990s in order to prepare talents for a rapidly
changing media landscape. Currently the department’s undergraduate programme (Bachelor of Media Studies) offers courses including
journalism, publishing studies, public relations, professional writing, new media, screen production and broadcasting. The Bachelor in Media
Studies is a three-year programme that applied the format of 2u2i in which students attend face-to- face and online classes, undertake
assignments, and complete an academic project over the course of five regular semesters and one short semester, followed by two semesters of
industrial training internships. The department’s newly released and highly popular Master of Media Studies (full coursework) programme offers
fresh-graduates and working professionals with broad-based training for today’s media landscape. This one year programme is designed to
accommodate fresh graduates and industry practitioners with new knowledge and industry skills in order to meet the current challenges in the
media and communication industries.
The department’s flagship Master of Arts (Publishing Studies) programme provides specialized training in publishing to book enthusiasts,
publishing-industry aspirants and professionals. This Publishing Studies programme covers a wide range of topics, from recognising and
appreciating truly great works to understanding and implementing new technology in the publishing industry. Beginning in 2022, this
programme will offer a new brand curriculum structure that meets the needs of the 21st century publishing industry that emphasizes transmedia
and multidisciplinary concepts. The department is also the only department that encourages innovation through the creation of creative content.
In this case, we have produced more than 100 copyrights for the creative content created by undergraduate and postgraduate students. The
department also provides full- research Masters and Doctoral programmes in addition to its course- work-based programmes. With nearly a
dozen of active supervisors who expert in a range of interdisciplinary fields, the department is one of the most popular departments among
postgraduate research students. Not only that, all of our programmes are popular Internationally. In addition, the department has produced
most notable alumni in Malaysia such as Razaisyam Rashid, and Charles Mohan. Razaisyam Rashid has been listed under 10 talented young
local film director, and had won Best Director at Anugerah Skrin in 2016. Charles Mohan is currently a CEO of Institut Onn Jaafar, and he was a
broadcast journalist and news anchor.